Saturday, July 2, 2011

Israk Mikraj datang lagi~

Assalammualaikum ^^

Selamat malam. Hye2, sorry malam ni baru berkesempatan nak update blog. Nak update tapi mata ni xmampu nak tggu lama lah. Adehh, nak kena letak tongkat lah nie. kekekeke. Hari Rabu yg baru ni cik Tim memang busy sesangat lah. Otak dengan badan ni xnak cooperate. Sangat penat & kebetulan cik Tim ade bengkak dekat gusi sampai mganggu pipi cik Tim. (Jadi kembung). Pagi rabu tu cik Tim ada kelas, habis kelas terus pulun nak study last minit before midterm subject Recruitment & Selection kul 2.30 petang. Habis exam barulah berkesempatan nak makan and then terus bersiap2 nak gi kelas kul 7-9.30 malam tue. Kebetulan malam tue ada program ceramah Israk Mikraj dekat Uniten. Cik Tim lepas kelas terus pecut gi Auditorium yang sejuk beku tu kan. Wow, ramai giler orang. Cik Tim dengan kawan cik Tim, teah (cik Tim pernah buat entry pasal beliau) dengan sha (ni belog beliau ), terus dengan muka tebal melulu ke seat nak depan tapi tak depan sangat kan. Huhuhu.

poster ceramah ~

Malam tu, ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Norhisham bin Tuan Padang iaitu salah seorang juri imam muda . Fuhh hebat. Cik Tim sampai dah separuh dah mase tu. Tertinggal banyak jugak kot.  Malam itu ceramah tu, lain dari biasa. Penuh dengan gelak tawa dan yang pasti sampai ape yang cua disampaikan. Ramai yang terhibur. Ceramah beliau lain dari ceramah2yang biasa kita dengar pasal israk mikraj nie. Ngee.

Apa itu Israk Mikraj?

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha


Kita pasti sudah biasa dengan cerita pengalaman seorang nabi dari pada malam hari tersebut. Tapi malam itu, pengisian yang ustaz cuba sampaikan memang sangat berlainan dan menyeronokkan. Dalam ceramah yang ustaz sampaikan, ada 3 perkara yang ustaz cuba sampaikan, iaitu pertama, pertahankan dan utamakan iman. Kedua, israk mikraj adalah tentang solat. Ketiga, pengaruh ibubapa, rakan dan sekeliling. See, dengar je tiga perkara ini yang nyata berbeza dengan penceramah2 yang pernah berikan ceramah mengenai israk mikraj.

ini lah ustaz juri imam muda kitew 

Sini cik Tim nak ulas balik apa yang ustaz sampaikan agar korang2 dapat share ape ilmu yang cik Tim dapat malam tue,Ngee:

Pertama, pertahankan @ utamakan iman. Yang ni cik Tim xbley nak ulas panjang2 lah sebab cik Tim sampai lambat mase tue. Apa yang cik Tim sempat dengar, kita hendaklah pertahankan diri dan iman kita dengan sebaik2nya. Masa nabi Muhammad memberitahu orang2 yang nabi telah diangkat kelangit pada waktu malam dalam masa 1malam. Antaranya kepada Abu Jahal. Masa tu, Abu Jahal dan kafir2 yang lain, xnak percaya. Namun Abu Bakar ke Umar (cik Tim xpasti) mgatakan bahawa, dia tetap kan percayakan nabi walaupun tidak melihat. Walaupun tindakan Abu Bakar @ Umar blh mbahayakan nyawa, namun mereka tetap percayakan nabi. See, kalau kita aplikasikan dalam kehidupan kita, contohnya, ada seseorang mengajak kita mencuri tapi kita tetap yakin bahawa itu ada lah tidak baik maka kita menolak kerana iman.

Kedua, israk mikraj adalah mengenai solat. Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama. Nabi dipertemukan khas direct kepada Allah. kenapa pasal zakat, haji dan lain2 tidak dipertemukan kepada Allah. Oleh itu menunjukkan solat itu sangat istimewa. Semasa zaman pimpinan Saidina Umar, ada 1 subuh beliau tlah mengimamkan solat subuh. Semasa solat rakaat kedua beliau telah ditikam dengan 3 bilah kerambit oleh Abu Luq Luq seorang khafir yang memusuhi saidina Umar. Saidina Umar telah ditikam dipinggang, didada & diperut Kemudian kerambit itu ditarik semula dan darah keluar membuak2. Beliau telah pengsan. Sesedar beliau, beliau telah meminta air untuk berwuduk kerana sedar solatnya tadi tidak sempurna. Allah, sungguh tingginya iman beliau jika dibandingkan dengan kita kotor sedikit seluar sudah xmampu untuk solat. Oleh itu jagalah solat kita.

Ketiga, pengaruh ibubapa, rakan dan sekeliling mencorak diri kita pada masa akan datang. Ibubapa pastikanlah anak2 dididik sempurna supaya sentiasa dalam pegangan syariat islam. Sesungguhnya diakhir zaman, akan ada perkataan2 yang di standardkan untuk mengelirukan umat islam supaya menganggap sumer perkara itu sebagai halal. contohnya, faedah yang asalnya riba' diharamkan dlam islam. Ibubapa perlu mengajar anak2 supaya tidak terpengaruh. begtu juga rakan2. "Kita pada 5 tahun akan datang adalah diri kita, kecuali buku2 yang kita baca dan orang disekeliling kita".

Erk cik Tim pasti dan yakin, ini bukanlah ceramah penuh yg ustaz sampaikan. Ini ingat sikit2 jew. xbanyak janji dapat share dengan korang. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari cik Tim sendiri. Wahwahwah, cam bagi ucapan pulak kn. Okailah cik Tim xmao cakap banyak2, korang enjoy k. =)

cik Tim dengan silauan lampu

Audi yang penuh dengan pelajar

cik Teah & cik Sha

Pss: Sempat bergambor...kekeke =p

4 comments:

  1. bagus entri camni,sambil berblog bole berdakwah.Tentunya ade credit drpd Allah kepada hambanya yg mengajak kearah kebaikan

    ReplyDelete
  2. Amin, insyaAllah dapat memberi manfaat kpd diri sendiri dan yg lain hendaknya. Trs sokong naa..wlpn diri ni pun msh byk khilaf. ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...