Assalammualaikum ^^
Amaran entri ini tidak melibatkan orang yang masih hidup @ pun yang telah meninggal dunia.
Cik Tim minggu ni nak balik ke Shah Alam yang terchenta. Hu2... Rindu dekat mak, adam & lain2. Wakaka. Sebenarnya cik Tim balik atas urusan nak pergi interview company sebab nak settle kan assingment Cross-cultural management cik Tim. Ingat habis interview and sebab kebetulan balik Shah Alam kan nak lah pi wayang tengok movie "Sekali Lagi" kan. Tapi sekali lagi cik Tim akan terlepas tengok cerita yang cik Tim betul2 nak tengok. Cerita "Nur Kasih" pun tak tengok lagi. Sedih lah camni. =(
Nape ea? Sebab kali ini cik Tim dah di booked oleh makcik2 cik Tim untuk tolong diorang merewang kenduri. Adeh, makcik2 nie macam ade seorang anak sedara pulak kan. Sabor jelah. Ingat balik Shah Alam ni nak gi pasar, tapi cam harapan je lah kan. Huk2 xpelah janji dapat makan makanan kenduri. Hu2. Owh, cik Tim baru je lepas paper midterm yang terakhir. Xtaulah ok ke tak. Dah buat yang terbaik. Mohon doanya ok =)
Owh panjang plak membebel kan. Berkenaan dengan dress kuning tu sebenarnya cik Tim nak bukan lah highlight kan pasal perhimpunan bersih 2.0 tue yang akan diadakan sabtu ini iaitu 9 Julai 2011. Cik Tim xpasti sangat sebab apa perhimpunan tu diadakan tapi dengar citenya nak berdemonstasi secara aman, menyuarakan pendapat dan menegakkan hak rakyat. Well, benda tu sebenarnya tak menjadi masalah pun sebab kita negara yang berdemokrasi. Tapi yang salahnya, ialah tak ade lesen yang sah dan tempat yang dicadangkan tu pulak di kawasan sesak & menjadi tumpuan orang ramai. Cik Tim bukan apa cume cik Tim sangat risau lah kalau ade orang yang tak bersalah tercedera. Contohnya pelancong asing jenjalan situ xpasal2 jadi pape hanya kerana lalu di kawasan demonstrasi tu. Padahal, dia xtau pape pun kan. Sian2.
Cik Tim bukan lah nak menyatakan yang mana salah dan yang mana betul. Tapi sebagai orang yang masih belum layak mengundi, cik Tim xnak cakap banyak ler. Bukan cik Tim menyokong kerajaan @ pembangkang. Cuma cik Tim amik berat jea. Sebab hari tu cik Tim ada usrah dengan anak2 buah cik Tim. Dalam modul usrah tu ada menyatakan bahawa, "politik itu adalah sebahagian daripada islam. Dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada islam bererti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya." Huuu, takotkan dengar. Sebab tu saya budak baru belajar hanya nak memberi pendapat.
BTW, cik Tim dapat tahu yang perancang perhimpunan Bersih tu iaitu Ambiga telah mengadap dengan Agong dan setuju dengan cadangan Agong untuk mengadakan perhimpunan dekat stadium & dengar cite dekat stadium Merdeka. Baguslah, janji xmenganggu kententeraman awam & lalu lintas. Hu2. Aman sikit jalan & sesiapa yang nak shopping & tengok wayang naa.
Cuma cik Tim nak ingat kan kat sini, sesiapa public yang nak jalan2 tu & xterlibat dengan perhimpunan Bersih tu pakai lah baju kaler2 lain ok. Ni untuk mengelakkan anda menjadi perhatian penguatkuasa. Hu2.
p/s: politik zaman ni dah semacam. Termasuklah negara tumpah darahku ini. Tak tau mana satu yang betul dan mana yang salah. Tetapi ingat lah wahai pemimpin2 ISLAM terutamanya, "Kepimpinan adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak."
.
.
.
ini baju kaler emas ok
=p
naik pening bile fikir pasal politik kat Malaysia ni..huhu..
ReplyDelete@youhazreenda
ReplyDeleteHu2..tau xpew..pening2~