Showing posts with label ilmu sharing. Show all posts
Showing posts with label ilmu sharing. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Sediakan Payung dan Baju Hujan Sebelum Hujan

Assalammualaikum...^_^

Sediakan payung sebelum hujan, itulah kata pujangga kita pada hari ini. Ceitt, lempang pipi kanan. keke. Sebenarnya nak bagi tahu kalian2 semua masyarakat blogger supaya sediakan payung dan baju hujan sebelum hujan. Yela sekarang ni dah masuk musim tengkujuh and cuaca pun cam tak menentu sebab campur angin kuat sekali. 

Cakap pasal payung, cik Tim ada ada payung lipat. Tapi payung 2 boleh pakai untuk mengedik je atau masa hujan renyai2 je lah. Sekali hujan angin kuat macam kat tempat cik Tim harus lah memakai payung yang bertulang kuat yea kawan2. Cik Tim xde baju hujan sebab dah besar kan. Kekeke, selalu baju hujan pakai bile naik basikal nak gi sekolah. Sekarang dah besar, pakai payung je, xnak nampak cam robot dah. Perghh..bajet ladies kaww...kekeke.

Ini lah payung lipat tue.

Nak payung macam ni.
(Ouh, mesti i lah yang paling glamer..puihh)

Baju hujan mase zaman kanak2 xde pun cantik macam ni.
#jeles3x

Kalo camni lah gaya baju hujan, den pun nak pakai xsegan2 dah.



Bagi yang duk kat belah utara macam Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis, Bejaga2 dan berhati2lah semasa banjir. Jangan main air sebab takut kejadian tak diingini macam lemas, dipatuk bintang seperti ular, dan air kotor boleh membawa penyakit yea sayang2 ku. Sila alert.

Dan bagi yang student macam cik Tim ni, lagi2 lah dah nak final hujung bulan 12 ini, sila jaga kesihatan baik2. Kalo nak keluar rumah bawak lah baju hujan and payung takot nanti hujan adelah tempat bergayut bergantung. Kekeke...lempang pipi kiri. Lagi satu dah nak final better jga kesihatan sebab nanti sian diri tu mase nak jawab exam sakit. Makan lah ubat kalo sakit. Terkena hujan balik rumah terus mandi, jangan dok tangguh2. Kalo rasa2 nak demam 2 makanlah vitamin, ubat ke Scott Imulsion ke kan. kekeke.

Akhir kata, sila lah jaga diri dimana anda berada especially di musim hujan ini. Pesanan ikhlas penaja belog.

the end. Kbai.

Sunday, November 20, 2011

Symmetrical kah Aku?

Assalammulaikum...^_^

Pagi Ahad. Entry hari ini ada lah mengenai symmetrical. Tahu x symmetrical tu ape? Cik Tim bagi definition yang korang senang paham je lah ek. Symmetrical 2 maksudnya macam sama rata. Kalau tak symmetrical 2 senget sebelah lah. (Lebih kurang lah tapi maksud yang cik Tim bagi ni xde kat mana2 kamus okay). 

Symmetrical ini selalunya kita dengar dekat bangunan je kan. Haaa, la ni cik Tim nak bagitau lah yang symmetrical ini juga sebenarnya ada pada badan manusia, haiwan blablabla, yela kalo xsymmetrical "patah kaki" xbergerak lah kan. 

Apa yang cik Tim nak tekan kan sekarang ini, memang badan kita symmetrical tapi tahu x, dimuka juga ada yang tak symmetrical. Haa, tahu ke xtahu ni? 

Ni contoh orang yang muka x symmetrical;

sebelum pembedahan

selepas pembedahan

sumber gambar: En. Google 

Beliau ini adalah Yulia Volkova, penyanyi kumpulan t.a.t.u (All the things she said..), beliau laa ni bermuka tidak symmetry setelah pembedahan. Sayang kan, muka dah comey2 cantik, tapi buat pembedhan terus tak symmetry.

Tapi kan, tak symmetry ni bukan sahaja disebab kan oleh pembedahan tetapi juga sejak lahir, orang kata sejak azali kan. Buktinya;


Kanan | Kiri
(sila jangan keliru kiri kanan dia yea sebab ini gambar)

Pipi disebelah kanan lebih berisi berbanding sebelah kiri. Dagu kiri juga lebih runcing berbanding dagu kanan. See, that's my face isn't symmetrical also. Sob2. Patutlah bila pakai tudung rasa macam tak balance. Puaslah dok kelepet, tiup2, tepok2 nak bagi sama rata especially bila pakai tudung bawal.  

Pape pun bersyukur dengan kurniaan Allah sebab walau dengan muka macam ni still mampu makan, ketawa, senyum, bercakap kan....bersyukur (Mode: bertafakkur). 

Sebab ada oraang yang lagi kesian tau, muka tak symmetry sebab penyakit. Contohnya strok dan Bell's Palsy. Adoi, Bell's Palsy tu ape pulak cik Tim oiii?

‎"BELL'S PALSY" - satu jangkitan virus yang menyerang saraf di muka yang menyebabkan pesakit mengalami kekenduran pada otot muka. Antara akibatnya kelopak mata tidak boleh dibuka atau tutup, mulut senget dan deria rasa berkurangan.

So dah faham dah? Kalo xfaham lagi, korang boleh surf ddekat En. Google okai.

Orang putih cakap, "Symmetrical face are more attractive than non-symmetrical face". Hahaha..memang lah orang putih kan cakap dalam BI. Tapi bagi cik Tim kita kena bersyukur dengan kejadian yang Allah dah kurniaa dekat kita. Sebab masih ada lagi orang yang lebih daripada kita. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. =D

Itu je lah santapan mata korang untuk entry kali ini.


"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).


p/s: "Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak2 yang soleh/solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain isteri yang solehah & tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh/solehah."

the end. kbai. =)

Saturday, July 2, 2011

Israk Mikraj datang lagi~

Assalammualaikum ^^

Selamat malam. Hye2, sorry malam ni baru berkesempatan nak update blog. Nak update tapi mata ni xmampu nak tggu lama lah. Adehh, nak kena letak tongkat lah nie. kekekeke. Hari Rabu yg baru ni cik Tim memang busy sesangat lah. Otak dengan badan ni xnak cooperate. Sangat penat & kebetulan cik Tim ade bengkak dekat gusi sampai mganggu pipi cik Tim. (Jadi kembung). Pagi rabu tu cik Tim ada kelas, habis kelas terus pulun nak study last minit before midterm subject Recruitment & Selection kul 2.30 petang. Habis exam barulah berkesempatan nak makan and then terus bersiap2 nak gi kelas kul 7-9.30 malam tue. Kebetulan malam tue ada program ceramah Israk Mikraj dekat Uniten. Cik Tim lepas kelas terus pecut gi Auditorium yang sejuk beku tu kan. Wow, ramai giler orang. Cik Tim dengan kawan cik Tim, teah (cik Tim pernah buat entry pasal beliau) dengan sha (ni belog beliau ), terus dengan muka tebal melulu ke seat nak depan tapi tak depan sangat kan. Huhuhu.

poster ceramah ~

Malam tu, ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Norhisham bin Tuan Padang iaitu salah seorang juri imam muda . Fuhh hebat. Cik Tim sampai dah separuh dah mase tu. Tertinggal banyak jugak kot.  Malam itu ceramah tu, lain dari biasa. Penuh dengan gelak tawa dan yang pasti sampai ape yang cua disampaikan. Ramai yang terhibur. Ceramah beliau lain dari ceramah2yang biasa kita dengar pasal israk mikraj nie. Ngee.

Apa itu Israk Mikraj?

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha


Kita pasti sudah biasa dengan cerita pengalaman seorang nabi dari pada malam hari tersebut. Tapi malam itu, pengisian yang ustaz cuba sampaikan memang sangat berlainan dan menyeronokkan. Dalam ceramah yang ustaz sampaikan, ada 3 perkara yang ustaz cuba sampaikan, iaitu pertama, pertahankan dan utamakan iman. Kedua, israk mikraj adalah tentang solat. Ketiga, pengaruh ibubapa, rakan dan sekeliling. See, dengar je tiga perkara ini yang nyata berbeza dengan penceramah2 yang pernah berikan ceramah mengenai israk mikraj.

ini lah ustaz juri imam muda kitew 

Sini cik Tim nak ulas balik apa yang ustaz sampaikan agar korang2 dapat share ape ilmu yang cik Tim dapat malam tue,Ngee:

Pertama, pertahankan @ utamakan iman. Yang ni cik Tim xbley nak ulas panjang2 lah sebab cik Tim sampai lambat mase tue. Apa yang cik Tim sempat dengar, kita hendaklah pertahankan diri dan iman kita dengan sebaik2nya. Masa nabi Muhammad memberitahu orang2 yang nabi telah diangkat kelangit pada waktu malam dalam masa 1malam. Antaranya kepada Abu Jahal. Masa tu, Abu Jahal dan kafir2 yang lain, xnak percaya. Namun Abu Bakar ke Umar (cik Tim xpasti) mgatakan bahawa, dia tetap kan percayakan nabi walaupun tidak melihat. Walaupun tindakan Abu Bakar @ Umar blh mbahayakan nyawa, namun mereka tetap percayakan nabi. See, kalau kita aplikasikan dalam kehidupan kita, contohnya, ada seseorang mengajak kita mencuri tapi kita tetap yakin bahawa itu ada lah tidak baik maka kita menolak kerana iman.

Kedua, israk mikraj adalah mengenai solat. Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama. Nabi dipertemukan khas direct kepada Allah. kenapa pasal zakat, haji dan lain2 tidak dipertemukan kepada Allah. Oleh itu menunjukkan solat itu sangat istimewa. Semasa zaman pimpinan Saidina Umar, ada 1 subuh beliau tlah mengimamkan solat subuh. Semasa solat rakaat kedua beliau telah ditikam dengan 3 bilah kerambit oleh Abu Luq Luq seorang khafir yang memusuhi saidina Umar. Saidina Umar telah ditikam dipinggang, didada & diperut Kemudian kerambit itu ditarik semula dan darah keluar membuak2. Beliau telah pengsan. Sesedar beliau, beliau telah meminta air untuk berwuduk kerana sedar solatnya tadi tidak sempurna. Allah, sungguh tingginya iman beliau jika dibandingkan dengan kita kotor sedikit seluar sudah xmampu untuk solat. Oleh itu jagalah solat kita.

Ketiga, pengaruh ibubapa, rakan dan sekeliling mencorak diri kita pada masa akan datang. Ibubapa pastikanlah anak2 dididik sempurna supaya sentiasa dalam pegangan syariat islam. Sesungguhnya diakhir zaman, akan ada perkataan2 yang di standardkan untuk mengelirukan umat islam supaya menganggap sumer perkara itu sebagai halal. contohnya, faedah yang asalnya riba' diharamkan dlam islam. Ibubapa perlu mengajar anak2 supaya tidak terpengaruh. begtu juga rakan2. "Kita pada 5 tahun akan datang adalah diri kita, kecuali buku2 yang kita baca dan orang disekeliling kita".

Erk cik Tim pasti dan yakin, ini bukanlah ceramah penuh yg ustaz sampaikan. Ini ingat sikit2 jew. xbanyak janji dapat share dengan korang. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari cik Tim sendiri. Wahwahwah, cam bagi ucapan pulak kn. Okailah cik Tim xmao cakap banyak2, korang enjoy k. =)

cik Tim dengan silauan lampu

Audi yang penuh dengan pelajar

cik Teah & cik Sha

Pss: Sempat bergambor...kekeke =p

Tuesday, June 28, 2011

Adik bongsu dah tumbuh

Assalammualaikum ^^

Selamat malam...erk...pagi. Cik Tim xbley titow lah. Semuanya berpunca sebab adik bongsu cik Tim dah tumbuh. (lahirlah bukan tumbuh). Eh xlah, betul, tumbuh. Ni ha, gigi bongsu geraham cik Tim dah tumbuh. Wawawa, sakit sangat. Gusi dah membengkak dah ni. Adeh, nak nangis rasanya bila gosok gigi. Rasa xpuas jew. Mesti kakak2, abang2 gigi bongsu ni suka gilew. (Tapi sakit tau x) Adoi, sakitlah sebab baru suku gigi je tumbuh. Yang lain still adew kat bawah gusi. Adoi, ni mesti rahang xcukup besar, tak pun gigi terlebih besar. =(



Cik Tim dapat tau yang gigi geraham ni biasanya akan tumbuh dalam umur kita belasan tahun ke awal 20an. Sekarang cik Tim dah 21. Kawan2 cik Tim pun ramai yang kena jugak. Adik2 gigi bongsu diorang tumbuh kan. Suma pakat meraung tak lalu makan. Cik Tim pun makan bubur je. Tak pun makan nasi putih dengan tomyam @ sup2 jew. Sedih, nak makan sayur cam kobis dengan karot pun susah. Huk2. Kawan cik Tim pun siap ada yang demam2 lagi. Sian2. Dia pergi jumpa doktor, doktor tu siap boleh buat lawak, "Awak nie terbantut ke, selalunya umur 17 tahun gigi bongsu nak keluar tapi awak lambat pulak kan" Pergh, ayat macam cik Tim xterasa jugakkan. Terbantut? Isk2. Siap ade sorang kawan boleh wat pakat main2 cakap,"Mesti kakak2 & abang2 sulung gigi bongsu happy kan." Ceit, ini lawak boleh cari gadoh ni. Kekeke. Di SINI, cik Tim ada includekan fakta pasal gigi bongsu @ geraham ni. So korang boleh baca lah nak bagi faham2. =D


Bentuk2 penumpuhan gigi bongsu

Well ada orang cakap bila kita tumbuh gigi bongsu ni, menunjukkan yang kita dah "matang". Wah yeke.? Saya dah matang lah nie. (Angkat bakul sendiri kan) Seriuslah selama ni terasa cam nak matang kan. Kekeke. Pape pown minta doa sangat agar sakit bengkak gigi & gusi ini xlah berterusan lama2. Sebab sakit sangat. Nak senyum, ketawa pun xbley. Tangkap gambar muka nak masam jek. Sakit ouchh. Dan minta2 doa juga supaya xde penyakit gigi yang lebih serius sebab saya sayang gigi saya. (Lau x, saya xboley menguyah, saya dah lah suke makan) ^_^


Wednesday, November 3, 2010

n a s i h a t

Assalammualaikum...

notes nie jmpe kat fb...so nak cik tim nak share dgn kowg2..~



PERTAMA. 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. 

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 

KETIGA. 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada.. 

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", cerminlah diri kita dhulu samada layakkah kita m'cintai. 

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya[sesama kaum].

KEENAM. 
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. 

KETUJUH.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. 

KELAPAN.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

KESEMBILAN.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

KESEPULUH.
Senyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. 


KESEBELAS. 
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

KETIGABELAS. 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,
"Kenapa anda ingin tahu?" 

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. 

KELIMABELAS.
Ucaplah "YARHAMKALLAH" apabila mendengar seseorang bersin. 

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. 

KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri; 
Rasa hormat kepada orang lain; 
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 

KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. 

Tuesday, November 2, 2010

La-ilaha illallah (bacalah)

Assalammualaikum...

pagi2 nie terbaca satu article kat fb...(islam itu agamaku). Notes pasal zikir...jadi sy mau share dgn kalian2...bcelah..=)

La-ilaha illallah

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah"
ertinya: "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah".

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
"Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

Kelebihan:

1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ˜Laailaha illallah'. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ˜Laailaha illallah' di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah

7.     Hadis lain: Zikir ˜Laailaha illallah' tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ˜Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...