Tuesday, October 22, 2013

1st Entry for 2013 After 1 Year : Trekking to Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong

Salam & Hi,

Surprise!!! Haha after 1 year left this blog and again Cik Tim blogging again. Yeah, Cik Tim perasan last entry Cik Tim ialah 20 Oktober 2012. Haha. Lupa diri sendiri ada blog + malas.

Okay sebagai pembukaan, Cik Tim nak share lah yang 20 Oktober 2013 Cik Tim ada mendaki Hutan Simpan Ayer Hitam. Maaf yea, bukan di Melaka tapi di Puchong. Haa tak caya la tu kat Puchong ade Hutan nak mendaki2 ni. Ade percaya lah sebab  Cik Tim dah berjaya panjat dah. Yeay. :D

Actually, tot nak panjat Broga. Tapi gerak dari rumah pun dah pukul 2.00 petang dan kebetulan tengah lalu Puchong & Cik Tim pernah terbaca pasal Hutan Simpan ini masa Cik Tim tengah surf internet pasal bukit-bukit untuk trekking area Selangor. Gigih kau. Haha.

Dan masa lalu Puchong terus decide naik jelah hutan tu. BTW Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong ni dekat area Taman Wawasan tau. Masa sampi tu banyak lah kereta parking tepi jalan sebab ramai nak panjat bukit ni. Parking is not an issue sebab dekat area kawasan rumah kedai. Uolls boleh je parking situ. Untuk ke sini : dari Putrajaya, terus masuk LDP, ambil flyover simpang ke masjid Terapong Puchong, tapi di traffic light terus belok ke kanan dan jalan terus hingga jumpa Jalan Wawasan 5/1, Taman Wawasan, Puchong. Lokasi boleh rujuk sini. (Sumber:penceritamaya.blogspot.com)

As this my first entry after a year so Cik Tim bagi gambar je lah sebab still taking mood nak menaip balik. Muahaha.

see banyak je kereta kan
(gambar ihsan dari blog ikhlas-atilia.blogspot.com)


Ini jalan masuk ke Hutan Simpan

Then after dah masuk uolls akan jumpa jalan berbukit ni, masa ini lapang sket pokok pun kureng

Masa dekat kawasan berbukit yang lapang ni kan, view ni la yang korang boleh tengok

Then, korang akan mulakan dakian yang berbukit..masa ni semput jugak. Tapi jangan putus asa sebab nanti ade lagi dakian yang mendaki. Huhu.

Udah capek mendaki, korang akan jumpa 2 simpang ini. 2 simpang : kanan - trek agak landai tapi lama, kiri - trek berbukit tapi cepat sampai. Cik Tim pilih simpang kanan sebab baru nak rajin beraktiviti lasak so jangan nak pilih yang azab sangat lah :p

Walaupun landai tapi boleh tahan semput jugaklah. Then, uolls akan sampai 1 checkpoint yang lapang dan nampak laluan ke Blue Lake. Korang akan banyak menurun, menurun & menurun. Nasiblah nanti nak balik semput sebab menaik, menaik & menaik. ;p

Korang lalu ikut je laluan yang memang dah ada track or follow je tanda2 merah dekat dahan or batang besi yang ada dekat sepanjang track. Ada juga orang yang baik hati buat tanda cam kertas post it dia tinggalkan untuk tracking. Sangat membantu lah sangat.Follow je track sana sampai korang akan terjumpa dengan jalan besar. Dari jalan besar tu korang jalan ke kiri sampai lah korang jumpa sign macam dekat bawah ini.



Maksudnya korang dah sampai. Turun kebawah sikit korang akan nampak tanda2 kuning dekat pokok yang akan share dengan korang pasal pokok apa. Huhu. Tracking sambil  belajar. Boleh dak ? Haha.


Dan sampai. Nampak tak air yang kebiruan ini. Actually tak ada lah biru sangat, more on kehijauan. Cik Tim apa lagi terus berendam main air. Sejuk bangat. mengigil den. 

Okay, tembam2 wa pun berjaya mendaki. Hee..peace :)

Cik Tim berendam dekat setengah jam kot. Haha. Main air kot. Cik Tim memang suka sangat. ;) Then gerak balik dalam pukul 5.30 and sampai bawah balik pukul 6.45. Ngee.


Penat tapi best. Dekat sini ramai orang tapi maybe sebab Cik Tim pergi petang so kurang sikit orang. tapi kurang2 pun pukul 7 pun ada orang nak panjat lagi. Majoriti Chinesela yang ramai. Lagi terkezut, tua-tua depa tu & kanak2 pun ada. Yang Cik Tim tak boleh blah siap lari2. Eh hello hiking la..jangal;ah lelari. Muahaha.



Hokay, ini permandangan yang Cik Tim sempat tangkap before turun. Nice rite. Jemput naik. BTW sila jaga Hutan Simpan kita untuk generasi akan datang. Eh macam buat karangan pulak. :)

Okay Cik Tim tak larat nak update. Nak layan perasaan. Kan best dapat lepak memalam tepi pantai rasa angin malam sambil pandang langit tengok bintang. ;)

Cik Tim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...