Assalammualaikum...
Salam Subuh. Cik Tim masih tidak tidur lagi. ;'(
Sudahlah, aku tak nak berbasi2 lagi. Aku memang seorang yang sangat emosi. Mudah sangat menangis. Tapi setiap air mata yang aku tumpahkan bukan dibuat2. Setiap titis air mata yang mengalir ada maksudnya sendiri. Sekarang ini aku menaip entry ini didepan Muna. Siapa Muna. Korang pasti tau kalau korang scroll blog ku sampai kebawah. Aku mempunyai enam ahli keluarga. Abah aku, emak, aku, adik perempuan aku, adik lelaki aku dan Muna. Muna itu keluarga aku jugak. Tapi dia seekor kucing. She's dying. Aku tak tahu betul dia dah meninggal atau tak. Sebab aku nak dia hidup lagi. Aku tak nak check nafas dia. ;'(
Aku masuk tidur dalam pukul 12.00. Seronok tidur aku dikejutkan dengan bunyi anjing menyalak2 macam cari gaduh. Aku selubung dalam selimut sebab aku takut. Tapi bunyinya yang sangat kuat membuatkan aku dan emak bangun untuk lihat di halaman rumah. Untuk pengetahuan korang, emak, aku dan adik lelaki aku tinggal bertiga. Ayah aku kerja di Pahang & adik perempuan aku berada di Uitm Melaka. Kitaorang tidur bertiga diruang tamu. Untuk pengetahuan korang juga rumah kitaorang ni rumah kampung. Tak ade pagar. So bila dengar je bunyi anjing menyalak2 aku naik seram. Selubung lah dalam selimut. Tapi aku terdengar bunyi kucing. Aku dengan emak terus tengok dekat luar. Mak kata macam Muna. Aku dengan emak terus keluar. Ada dalam 3 ekor anjing liar sedang berebutkan Muna. Digigit2 & dilempar2. Mak baling buah kelapa yang ada dekat halaman rumah & aku pukul2 kayu dekat besi bagi anjing tu takut. Agaknya terkena buah kelapa dekat anjing2 tu pun lari. Sekarang Muna terdampar dekat tengah jalan raya mengerang kesakitan. Aku terus sambut Muna yang tak berdaya masuk dalam rumah. Aku menangis...menangis dan menangis. Itu je yang aku mapu buat. Masa aku bawak Muna masuk rumah ada motor lalu depan rumah. Aku agak kecewa kenapalah motor tu tak datang lebih awal. Mesti kejadian ni tak jadi sebab anjing tu takut. Namun aku bersyukur yang anjing2 liar tu tak serang aku dengan emak balik. Kalau tak, mesti kitaorang dah kena. Cuma aku pelik bila aku tanya dekat jiran2 aku, tak ade sorang pun dengar bunyi anjing. Aku sedih...kecewa. Bodoh punya anjing (Maaf, aku tak sepatutnya cakap macam ini, tapi ini espresi diri aku).
Masa aku bawa masuk Muna dalam rumah, badan dia kotor sangat. Mungkin masa bergelut dikwasan yang lecak. Aku menangis. Aku & emak guna baju2 lama untuk selimutkan Muna. Cuci badan dia yang kotor. Muna tak mampu nak bergerak. Ada bengkak dekat punggung dia....mula merah, lama2 kemerahan. Adam adik lelaki aku yang darjah 1 pun terjaga dari tidur. Aku tengok jam baru pukul 2 pagi. Klinik haiwan pun tak bukak lagi. Aku jaga Muna sambil nangis2. Mak tidurkan Adam balik yang terjaga dari tidur sebab terkejut. Aku tak nak tidur. Aku nak jaga Muna. Kesian dia. Aku tak sanggup tengok dia yang tak mampu nak gerakkan badan langsung sambil mata terjegil and lidah terjelir. Mungkin dia terkejut yang amat sangat. Baside Muna dah tua. Terkejut sampai sakit jantung barangkali. Aku tak tahu.
Dalam pukul 3 aku tengok Muna punya lidah dah masuk kedalam. Mata tak terjegil seperti sebelum ni. Nafas yang laju pun dah kembali reda. Aku jadi risau. Aku kejutkan emak cakap yang Muna punya nafas dah makin perlahan. Mak kata baguslah, mungkin dia dah reda sikit. Tapi bagi aku perlahan itu menunjukkan dia mungkin nak mati. Aku takut. Aku nangis tak berhenti sambil tangan aku tak berhenti mengusap badan dia supaya dia kekal panas. Pukul 4 emak masuk tidur balik. Aku mengusap sampai pukul 6 macam tu. Tapi sejak pukul 3 lebih dia tak punya badan tak bergerak. Tak nampak pun anda2 dia bernafas. Tapi aku xkisah. Aku terus menusap sampai ke pukul 6. Aku tak pasti dia dah mati ke tak sebab aku tak tahu. Tapi masa pukul 6, aku perasaan yang badan dia dah keras. Tahulah aku yang dia dah takde. Aku menangis dengan tak cukup tidur. Kepala aku sakit. Sepanjang 3 ke 4 jam aku bersihkan dia, usap dia, aku tak berhenti2 cakap,
"Muna cantik, Muna baik, Kakak, Emak, Abah, Adik, Adam semua sayangkan Muna"
Muna in Memories
Masa saat dia nak berhenti bernafas, aku sedar dia bangun kan kepala nak cari emak aku yang tidur. Meow...meow...meow...tapi aku rasa aku macam dengar yang dia sebut mak...mak...mak... Ya Allah benarkah apa yang aku dengar ini. Mungkin dia nak Emak ada disamping dia sebelum dia hembuskan nafasnya. Aku kejutkan emak dan suruh emak mengadap dia bukan belakangkan dia. Aku sempat suapkan air bagi dia minum. Allah aku tak berhenti menangis. Even dia dah pergi aku tak berhenti menangis. Saat aku menaip ini aku masih menangis bila terkenangkan kembali Muna. Aku anggap Muna sebahagian daripada keluarga kami. Aku bacakan selawat, aku bacakan syahadah untuk dia dan aku pasangkan surah Yasin untuk Muna.
Muna selamat dikebumikan tepat pukul 7 malam. Kakak minta maaf Muna kakak kebumikan Muna lambat. Kakak terpaksa tunggu Emak, Adam & Maki Itam balik kerja & sekolah. Dalam pukul 6 aku, Emak & Mak Itam mula mencangkul tanah. Gunakan keringat kami yang tak seberapa kami cangkul. Setelah aku rasakan tanah itu sudah cukup dalam, aku masukkan Muna dalam liangnya. Aku masukkannya dalam liang mengunakan tangan aku tanpa sebarang alas. Sesetengah orang mungkin geli tapi dia adalah kucing aku. Aku mengalir air mata kali mencangkul tanah, memasukkannya kedalam liang dan meninbuskannya kembali. Aku mengadapkan kepalanya kearah kiblat. Usai ditimbus, kami taburkan bunga dan daun pandan diatas kuburnya. Dan dibacakan A-Fatihah. Aku sedih.
Dua tiga hari selepas pemergiannya, aku masih tak menentu sedih dan kadang2 terbayangkannya. Ya Allah, Engkau peliharalah Muna. Muna semoga Muna akan menjadi pembantu kami dikala Mahsyar.
p/s: Maaf entry ini agak lambat daripada hari Muna mati 11.01.2012. Sebab tiap kali aku menaip aku sedih dan asyik terbantut untuk menaip. Al-Fatihah.
She's not just a cat, she's our family members. If you don't believe me scroll this blog till end.
And really sorry. Cik Tim tak mampu nak letak gambar Muna sebab nanti cik Tim sedih balik. But basically she is orange, white and black. Berat macam baby 1 tahun. Bulu tebal tapi bukan kucing parsi.
#imumuna#