Saturday, October 20, 2012

Terima Kasih daun keladi.

Salam and hi,

Bonjour. :D Watpe tue? Muahaha. Harini macam free plak kan nak update blog. Entry ni bukan untuk daun keladi. Harap maklum.

Let make it as a simple and short update. Semalam saya hampir pengsan dalam KTM yea puan tuan (erk...pantun?). Tak tahulah kenapa dua tiga hari ni KTM and LRT asyik technical problem je. Penat menunggu berminit2. Muahahaha.

Kelmarin (Jumaat, 19.10.2012) saya balik kerje lambat. (Owh saya tak update lagi pasal saya dah kerje. Nantilah akan buat 1 entry pasal tempat kerja sekarang). Maklumlah xcukup hours. Kenalah stay back. Kerje sampailah pukul 6.30. Masa balik diiringi dengan hujan yea. Nasib ada payung sakti. 

Sampai KL sentral terus berkejar nak naik KTM. Okay, kenmain ramainya orang beratur. Nasib lah train 6 gedabak...maaf gerabak. Dan cam biasa saya tak berupaya untuk duduk sebab tak menjadi calon terpilih sebab ramai sangat orang. 

Masa berdiri saya dah start pening2, rasa sejukkkkkk (nak menunjukkan bertapa sejuknya), nak muntah dan mengigil2. Saya sedut2 air manis (beli kat 7e) bagi lidah saya rasa sesuatu. Masa tu baru sampai Kg Dato Harun. Dalam hati berdoa banyak2 mintak bertahan tak nak sangat menyusahkan orang sebab pitam dalam KTM. End up saya dengan muka tak malu minta minyak angin dekat orang bagi ade bau sikit sebab saya xsedap sangat badan. 

Nasib ada 2 orang wanita melayu dan seorang wanita india tolong & bagi tempat duduk. Depa cakap muka saya dah pucat sangat & saya perasan tangan macam pucat takde darah. Berehat menahan kesakitan dan kesejukan. Akhirnya sampai Padang Jawa. Nasib mak & adik amik dan bawak gi klinik. Doktor cakap saya sakit wanita & tak perlu nak mention ape kan sebab i iz malu. (-_-)

Harini saya sudah ok. Dah boleh nak on9 je kejenya. Nanti saya boleh claim dekat En Company kan. Muahahah. 

#Harini feeling2 skema menaip mengunakan kata ganti diri "Saya", bukan saya yang Ultraman tu. Puii :)

p/s: Saya sudah tidak sabar untuk berCONVO (^_^)

Sincerly,
Cik Tim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...