Assalammmualaikum...^_^
Sekarang dah masuk bulan Oktober yea cik Tim. Baru sekarang nak buat entry pasal raya. Ok lah disebabkan terlampau lambat maka entry pasal raya akan di pendekkan.
Raya tahun ni cik Tim raya dekat Perak macam biasa iaitu rumah atok opah belah abah. Tapi atok dah meninggal, tinggal opah jew duduk dengan Pak usu. Belah emak punya, dua2 dah meninggal.
Raya ni cam selalu lah masa 1st day. Ape yang selalunya, cik Tim ni anak sulung @ cucu sulung so memang famous amos dan wajib untuk turun ke dapur T_T. Cam biasa lah pepagi raya salam menyalam, lepas tu yang pergi solat raya, pi solat lah, yang anak dara & mak dara selalunya kat dedapur. Nak buat preparation untuk jamuan raya. Usually setiap pagi raya pertama semua jemaah masjid kat wilayah kampung tu akan berkumpul kat rumah opah baca tahlil @ doa kesyukuran plus jamuan hari raya lah. Menu wajib mestilah lemang (tahun ni opah ade buat lemang jagung lah), rendang ayam, laksa, ketupat pulut palas + mak, cik Tim memang suka buat ketupat dengan kuah kacang.
Abah tengah men'cover' perut lah tu
Emak yang berjiwa muda
adek yang xberapa adek
adik lelaki
bersama adik, cousin & opah
adik Cik Tim bersama sepupu2 kecik
Pagi tu memang jenuh lah layan tetamu keluar masuk dapur & program wajib cik Tim, basuh pinggan. Dah tengahari sikit baru lah sibuk cari daun pandan + bunga, potong2 nak buat bunga rampai nak bawak pi kubur. Eh panggil bunga rampai ke kalau nak bawak pi kubur? Ahh gasak lah.Gi kubur nun jauh dekat sejam setengah jugak lah baru sampai melawat kubur atok, moyang & moyang. pergh banyak betul generasi. Usai gi kubur gi rumah atok sedara. Pergh anak dia memang hensem (pakcik ko lah cik Tim..adehh). Makan2 pastu pergi rumah atok sedaraa yang lain. Malam mengharungi sejam setengah untuk sampai ke rumah opah. Balik, mandi terus tido.
budak2 ni pun nak jugak menyibuk isk2
Pagi tu bangun, alamak terlepas sahur. Owh lupa raya kan. Pagi tu raya rumah opah sedara lepas tu balik rumah sendiri. Tak boleh cuti lama2, al-maklumlah ayahanda kerja, adik pulak nak final exam masa tu, emak keje, adik lelaki ade tadika & cik Tim cuti semester beb. Muahahaha. Balik 2 jammed lah jugak kan. Sampai Shah Alam terus cari mkan. Kitorang makan Pizza Hut dekat SACC Mall. Pergh takde orang langsung. Memang patot pun xde orang. Nama pun raya kedua. Muahahaha. Balik rehat2 tidok. Hahaha. Memang simple siti habis lah raya. Muahaha.
cik Tim, adik bongsu, abah xbongsu..muahaha
cik Tim mentahkedarah...
Dikesempatan ini cik Tim nak mengucapkan Selamat "Belated" Hari Raya Puasa kepada semua umat islam yang meraikannya. (Pergh dah nak dekat raya Depaavali & Raya Haji baru nak buat entry. Xsenon punya cik Tim). Maaflah cik Tim kebusyan sikit lah tahun akhir ni nak buat thesis. Aduyaiii~
p/s: Finally, raya tahun 2011 ni bersamaan umur 20 tahun plus2 nie baru cik Tim pandai anyam ketupat. Muahaha. Tapi macam biasalah, 1 ketupat cik Tim bernisbah 5 sarung ketupat emak cik Tim buat. Wakaka. (Tak pe, raya thun depan buat lagi bagus. Peace no war @_@)
tema raya warna hijau tapi biasa lah cik Tim suka memecahkan tradisi over mengover dengan memakai kaler pink lebih sket dari warna hijau ;-p
Cik Tim melaram dengan baju raya
the end. kbai!
PERHATIAN SEMUA!!!
ReplyDeleteADA LAGI BEBERAPA TEMPAT KOSONG UTK GROOMING CLASS!!! TARIKH LAST UTK DAFTAR DAN SETTLE KAN DEPOSIT 18/10 NI YE!!! TAPI IF SEAT DAH PENUH, KITA TUTUP PENDAFTARAN! SIAPA CEPAT DAPAT!!
JOM BELAJAR MAKEUP,CARA PENJANGAAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN SET PUTRAYANA, GAYA PENAMPILAN WANITA BERTUDUNG/FREE HAIR. PEMAKAIAN AKSESORI DAN BANYAAAAK LAGI AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN!!
**goodies,lunch, certificate akan disediakan
**brg2 makeup, skincare juga ada utk dijual! bwk duit extra ye!
TARIKH: 29/10/2011
TEMPAT: SHAH ALAM (alamat akan diberikan kemudian)
FEES: (NORMAL) RM85 ; (STUDENT) RM55 ONLY **with student id card
CARA DAFTAR:
SMS KE 016-2128740