Wednesday, November 3, 2010

n a s i h a t

Assalammualaikum...

notes nie jmpe kat fb...so nak cik tim nak share dgn kowg2..~



PERTAMA. 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. 

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 

KETIGA. 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada.. 

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", cerminlah diri kita dhulu samada layakkah kita m'cintai. 

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya[sesama kaum].

KEENAM. 
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. 

KETUJUH.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. 

KELAPAN.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

KESEMBILAN.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

KESEPULUH.
Senyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. 


KESEBELAS. 
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

KETIGABELAS. 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,
"Kenapa anda ingin tahu?" 

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. 

KELIMABELAS.
Ucaplah "YARHAMKALLAH" apabila mendengar seseorang bersin. 

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. 

KETUJUHBELAS. 
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri; 
Rasa hormat kepada orang lain; 
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 

KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...