Monday, January 30, 2012

'Segmen : Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger'

Assalammualaikum... ^_^

Cik Tim jejoin segmen. (Setelah lama xjoin kan). 

Korang pun jejom lah join. Meh tengok SINI.


Bagi sesiapa yang jejoin segmen ini....

HAAAAAAAAIIII ;)

+ siti fatimah +
a.k.a
cik tim

+ 22 tahun +
(bila bulan 12 nanti)

+ blogwalking, facebooking, Runningman +
deabakk!!!

+ final year degree HR +

Selamat bersegmen =D

the end. kbai.

Final Semester Sudey!!!

Assalammualaikum...^_^

Hai. Today is awesome cos it's Monday. And because it my 1st day for my final semester. I'll be waiting this day for the about 4 years. Muahahahah. (Gelak mintak penampau). 1st day dah ada kelas pukul 9 pagi. Yang bestnya, lecturer xmasuk kelas. Almaklumlah baru 1st week & student yang datang pun only 8 of 60 students. bagus2. Saya jadi buhsan. Petang ada add/drop subject for my last time table.

*show off sikit..muahahhaha

Owh yea, sila abaikan kelas hari jumaat sebab itu actually untuk subject Applied HR. Tapi subject tu xde kelas pun. Tapi kitaorang kena jumpa dengan supervisor masing2. kekeke. So setiap hari satu subject. Relaks sikit lah berbanding dulu. Owh, mata mengantuk. Mau titow. Nite2 kalian.

#sedang membaca buku "Aku Terima Nikahnya" by Hasrizal Abdul Jamil ;p

the end. kbai. =D

Saturday, January 21, 2012

Hey its Balance~

Assalammualaikum...^_^

Yesterday i helped my mother calculate the pay slip for the factory workers for the company that my emak work with. Actually i helped my mother a lil bit as i am an HR students so i might use my expertise to calculate it. Ha2 my emak said its balance ok. I just filled up the envelope with the pay slip and the voucher. But there's no money babeh. Bahaya kot. (*meme mak tak kasi tolonglah kalo the money involve). BTW the company still implement the traditional systems. So it's a bit tiring to calculate one by one and without any systems.  

This envelope contained no money meh ;p

After this, if there's any company who want a part time employee for compensation & benefit, you can call me. I'll send my cover letter and resume. Kekeke..(Konon dah hebat kan)

p/s: kchaing3x

the end. kbai.

Friday, January 20, 2012

The Result Released

Assalammualaikum...^_^

Today is Friday. Syukran Ya Allah, it's raining today even just for a while. Today my final examination result for 3rd year semester 2 had released. And the result are DL. Amin Ya Allah. Even this is my second final semester at Uniten, i still be given a chance to have DL. Awesome. TQ Allah.

You know how grateful i was, i'm done my examination without enough preparation due busy with my assessment and thesis. Oh Allah, i thought that my result gonna be worst sangat kot. Then when the moment i saw the result i was bloated. Ha2...TQ Allah. TQ emak abah. Also TQ my friends.  



I had 1 more last semester at Uniten. Then i'll go for an internship. I hope and i must do my very best for my final semester. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Amin.

Guys pray for me. I wish all of you being bless by Allah. Amin. *Peace2x

p/s: Abah, ape hadiah yang abah nak bagi kakak. Kekeke.

The end. kbai.

Thursday, January 19, 2012

You Makes Me Worried Boy~

Assalammualaikum...@_@

Hari ni my brother Adam buat semua orang kacau bilau resah gelisah untuk 2 jam. His disappeared from the school. Supposely my cousin will fetch him with his son also tapi dia M.I.A lah pulak kan. Cari dalam 1 jam xjumpa dekat kawasan sekitar sekolah tapi his still lost.

Rupa2nya dia balik rumah my cousin jalan kaki. But tak sampai half jalan dia terserempak dengan budak sekolah menengah. Perempuan. Dia ajak Adam balik then minta tolong emak dia hantarkan Adam balik. Thank to Allah. Mak cik tu hantar sampai depan rumah cousin. Semoga Allah barkahi Makcik & Anaknya. Amin.

Adam cakap my cousin amik lambat plus dia nak berdikari. Come one boy, you still standard 1. Still kids not a man. As result, Adam makin gelap plus demam Poor Adam. After all semua dah jadi. Minta dijauhkan lagi Ya Allah. 



p/s: Kesian dengan abah yang gabra. Adeh~

the end. kbai.

Wednesday, January 18, 2012

Happy Belated New Years U'olls

Assalammualaikum..^_^

Hi masyarakat blogger sekalian. It's been a while that i do not updated my Mr Belog. Lepas habis presentation proposal thesis cik Tim, cik Tim terpaksa membusykan diri dengan assingment yang nak kena submit plus dengan final exam meresah kan diri ini. Tapi sekarang dah cuti lebih kurang seminggu tapi masih malas berbelogging. Dush....ampun.;p

Well entry untuk new year pun tak ade. Well cik Tim memang tak pernah berazam. Tapi masuk awal Februari ni cik Tim akan menghadapi final semester cik Tim kemudian baru praktikal. Doa cik Tim agar cik Tim dapat menghadapi semester ini dengan sebaiknya. Amin. (D.L3X... Amin..^_^). Insya-Allah.

Tapi walaupun cik Tim jarang update entry but cik Tim rajin blogwalking. Jemput tinggal kan link okai. InsyaAllah cik Tim nak terjah.Zaasss..Kekekek ;P



p/s: Semoga Allah memberkahi kita sepanjang tahun ini dan seterusnya. Amin.

the end. kbai.

Wordless Wednesday: Archery Daebak!!!

Assalammualaikum...^_^

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

17th of January, year of 2012:

1st Attempt

Picture taken by Capital I, Edit by Me

Archery at Times Square Mall
RM10 for 12 arrow

p/s: Awesome game, place & instructor ;p

the end. kbai.

Muna, Jangan Tinggalkan Kakak

Assalammualaikum...

Salam Subuh. Cik Tim masih tidak tidur lagi. ;'(

Sudahlah, aku tak nak berbasi2 lagi. Aku memang seorang yang sangat emosi. Mudah sangat menangis. Tapi setiap air mata yang aku tumpahkan bukan dibuat2. Setiap titis air mata yang mengalir ada maksudnya sendiri. Sekarang ini aku menaip entry ini didepan Muna. Siapa Muna. Korang pasti tau kalau korang scroll blog ku sampai kebawah. Aku mempunyai enam ahli keluarga. Abah aku, emak, aku, adik perempuan aku, adik lelaki aku dan Muna. Muna itu keluarga aku jugak. Tapi dia seekor kucing. She's dying. Aku tak tahu betul dia dah meninggal atau tak. Sebab aku nak dia hidup lagi. Aku tak nak check nafas dia. ;'(

Aku masuk tidur dalam pukul 12.00. Seronok tidur aku dikejutkan dengan bunyi anjing menyalak2 macam cari gaduh. Aku selubung dalam selimut sebab aku takut. Tapi bunyinya yang sangat kuat membuatkan aku dan emak bangun untuk lihat di halaman rumah. Untuk pengetahuan korang, emak, aku dan adik lelaki aku tinggal bertiga. Ayah aku kerja di Pahang & adik perempuan aku berada di Uitm Melaka. Kitaorang tidur bertiga diruang tamu. Untuk pengetahuan korang juga rumah kitaorang ni rumah kampung. Tak ade pagar. So bila dengar je bunyi anjing menyalak2 aku naik seram. Selubung lah dalam selimut. Tapi aku terdengar bunyi kucing. Aku dengan emak terus tengok dekat luar. Mak kata macam Muna. Aku dengan emak terus keluar. Ada dalam 3 ekor anjing liar sedang berebutkan Muna. Digigit2 & dilempar2. Mak baling buah kelapa yang ada dekat halaman rumah & aku pukul2 kayu dekat besi bagi anjing tu takut. Agaknya terkena buah kelapa dekat anjing2 tu pun lari. Sekarang Muna terdampar dekat tengah jalan raya mengerang kesakitan. Aku terus sambut Muna yang tak berdaya masuk dalam rumah. Aku menangis...menangis dan menangis. Itu je yang aku mapu buat. Masa aku bawak Muna masuk rumah ada motor lalu depan rumah. Aku agak kecewa kenapalah motor tu tak datang lebih awal. Mesti kejadian ni tak jadi sebab anjing tu takut. Namun aku bersyukur yang anjing2 liar tu tak serang aku dengan emak balik. Kalau tak, mesti kitaorang dah kena. Cuma aku pelik bila aku tanya dekat jiran2 aku, tak ade sorang pun dengar bunyi anjing. Aku sedih...kecewa. Bodoh punya anjing (Maaf, aku tak sepatutnya cakap macam ini, tapi ini espresi diri aku).

Masa aku bawa masuk Muna dalam rumah, badan dia kotor sangat. Mungkin masa bergelut dikwasan yang lecak. Aku menangis. Aku & emak guna baju2 lama untuk selimutkan Muna. Cuci badan dia yang kotor. Muna tak mampu nak bergerak. Ada bengkak dekat punggung dia....mula merah, lama2 kemerahan. Adam adik lelaki aku yang darjah 1 pun terjaga dari tidur. Aku tengok jam baru pukul 2 pagi. Klinik haiwan pun tak bukak lagi. Aku jaga Muna sambil nangis2. Mak tidurkan Adam balik yang terjaga dari tidur sebab terkejut.  Aku tak nak tidur. Aku nak jaga Muna. Kesian dia. Aku tak sanggup tengok dia yang tak mampu nak gerakkan badan langsung sambil mata terjegil and lidah terjelir. Mungkin dia terkejut yang amat sangat. Baside Muna dah tua. Terkejut sampai sakit jantung barangkali. Aku tak tahu.

Dalam pukul 3 aku tengok Muna punya lidah dah masuk kedalam. Mata tak terjegil seperti sebelum ni. Nafas yang laju pun dah kembali reda. Aku jadi risau. Aku kejutkan emak cakap yang Muna punya nafas dah makin perlahan. Mak kata baguslah, mungkin dia dah reda sikit. Tapi bagi aku perlahan itu menunjukkan dia mungkin nak mati. Aku takut. Aku nangis tak berhenti sambil tangan aku tak berhenti mengusap badan dia supaya dia kekal panas. Pukul 4 emak masuk tidur balik. Aku mengusap sampai pukul 6 macam tu. Tapi sejak pukul 3 lebih dia tak punya badan tak bergerak. Tak nampak pun anda2 dia bernafas. Tapi aku xkisah. Aku terus menusap sampai ke pukul 6. Aku tak pasti dia dah mati ke tak sebab aku tak tahu. Tapi masa pukul 6, aku  perasaan yang badan dia dah keras. Tahulah aku yang dia dah takde. Aku menangis dengan tak cukup tidur. Kepala aku sakit. Sepanjang 3 ke 4 jam aku bersihkan dia, usap dia, aku tak berhenti2 cakap,

"Muna cantik, Muna baik, Kakak, Emak, Abah, Adik, Adam semua sayangkan Muna"
Muna in Memories

Masa saat dia nak berhenti bernafas, aku sedar dia bangun kan kepala nak cari emak aku yang tidur. Meow...meow...meow...tapi aku rasa aku macam dengar yang dia sebut mak...mak...mak... Ya Allah benarkah apa yang aku dengar ini. Mungkin dia nak Emak ada disamping dia sebelum dia hembuskan nafasnya. Aku kejutkan emak dan suruh emak mengadap dia bukan belakangkan dia. Aku sempat suapkan air bagi dia minum. Allah aku tak berhenti menangis. Even dia dah pergi aku tak berhenti menangis. Saat aku menaip ini aku masih menangis bila terkenangkan kembali Muna. Aku anggap Muna sebahagian daripada keluarga kami. Aku bacakan selawat, aku bacakan syahadah untuk dia dan aku pasangkan surah Yasin untuk Muna.

Muna selamat dikebumikan tepat pukul 7 malam. Kakak minta maaf Muna kakak kebumikan Muna lambat. Kakak terpaksa tunggu Emak, Adam & Maki Itam balik kerja & sekolah. Dalam pukul 6 aku, Emak & Mak Itam mula mencangkul tanah. Gunakan keringat kami yang tak seberapa kami cangkul. Setelah aku rasakan tanah itu sudah cukup dalam, aku masukkan Muna dalam liangnya. Aku masukkannya dalam liang mengunakan tangan aku tanpa sebarang alas. Sesetengah orang mungkin geli tapi dia adalah kucing aku. Aku mengalir air mata kali mencangkul tanah, memasukkannya kedalam liang dan meninbuskannya kembali. Aku mengadapkan kepalanya kearah kiblat. Usai ditimbus, kami taburkan bunga dan daun pandan diatas kuburnya. Dan dibacakan A-Fatihah. Aku sedih.

Dua tiga hari selepas pemergiannya, aku masih tak menentu sedih dan kadang2 terbayangkannya. Ya Allah, Engkau peliharalah Muna. Muna semoga Muna akan menjadi pembantu kami dikala Mahsyar.

p/s: Maaf entry ini agak lambat daripada hari Muna mati 11.01.2012. Sebab tiap kali aku menaip aku sedih dan asyik terbantut untuk menaip. Al-Fatihah.

She's not just a cat, she's our family members. If you don't believe me scroll this blog till end.

And really sorry. Cik Tim tak mampu nak letak gambar Muna sebab nanti cik Tim sedih balik. But basically she is orange, white and black. Berat macam baby 1 tahun. Bulu tebal tapi bukan kucing parsi. 

#imumuna#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...