Tuesday, June 28, 2011

Adik bongsu dah tumbuh

Assalammualaikum ^^

Selamat malam...erk...pagi. Cik Tim xbley titow lah. Semuanya berpunca sebab adik bongsu cik Tim dah tumbuh. (lahirlah bukan tumbuh). Eh xlah, betul, tumbuh. Ni ha, gigi bongsu geraham cik Tim dah tumbuh. Wawawa, sakit sangat. Gusi dah membengkak dah ni. Adeh, nak nangis rasanya bila gosok gigi. Rasa xpuas jew. Mesti kakak2, abang2 gigi bongsu ni suka gilew. (Tapi sakit tau x) Adoi, sakitlah sebab baru suku gigi je tumbuh. Yang lain still adew kat bawah gusi. Adoi, ni mesti rahang xcukup besar, tak pun gigi terlebih besar. =(



Cik Tim dapat tau yang gigi geraham ni biasanya akan tumbuh dalam umur kita belasan tahun ke awal 20an. Sekarang cik Tim dah 21. Kawan2 cik Tim pun ramai yang kena jugak. Adik2 gigi bongsu diorang tumbuh kan. Suma pakat meraung tak lalu makan. Cik Tim pun makan bubur je. Tak pun makan nasi putih dengan tomyam @ sup2 jew. Sedih, nak makan sayur cam kobis dengan karot pun susah. Huk2. Kawan cik Tim pun siap ada yang demam2 lagi. Sian2. Dia pergi jumpa doktor, doktor tu siap boleh buat lawak, "Awak nie terbantut ke, selalunya umur 17 tahun gigi bongsu nak keluar tapi awak lambat pulak kan" Pergh, ayat macam cik Tim xterasa jugakkan. Terbantut? Isk2. Siap ade sorang kawan boleh wat pakat main2 cakap,"Mesti kakak2 & abang2 sulung gigi bongsu happy kan." Ceit, ini lawak boleh cari gadoh ni. Kekeke. Di SINI, cik Tim ada includekan fakta pasal gigi bongsu @ geraham ni. So korang boleh baca lah nak bagi faham2. =D


Bentuk2 penumpuhan gigi bongsu

Well ada orang cakap bila kita tumbuh gigi bongsu ni, menunjukkan yang kita dah "matang". Wah yeke.? Saya dah matang lah nie. (Angkat bakul sendiri kan) Seriuslah selama ni terasa cam nak matang kan. Kekeke. Pape pown minta doa sangat agar sakit bengkak gigi & gusi ini xlah berterusan lama2. Sebab sakit sangat. Nak senyum, ketawa pun xbley. Tangkap gambar muka nak masam jek. Sakit ouchh. Dan minta2 doa juga supaya xde penyakit gigi yang lebih serius sebab saya sayang gigi saya. (Lau x, saya xboley menguyah, saya dah lah suke makan) ^_^


Monday, June 27, 2011

Motivasi Pagi Dari Mama

Assalammualaikum ^^

Selamat tengahari. Udah makan? Arini cik Tim puasa sunat, xdapat nak join sekali korang2 makan tengahari. =) Pagi tadi seusai cik Tim bersahur, mama tersayang menghantar SMS pada cik Tim. Ingat ape, rupanya nak bagi motivasi pagi. kekeke. Dalam mesej tu, mama quote dari surat khabar jew pastu SMS kat cik Tim. SMS tu pasal falsafah @motvasi yang diamalkan oleh presiden & CEO Maybank. Kat sini cik Tim selitkan ape yang ade kat surat khabar tu na.


Falsafah Kejayaan...Berbakti Kepada Ibu Bapa

Wahid kongsi kisah kejayaan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), 
Datuk Seri Abdul Wahid Omar memukau 
lebih 100 pengunjung muda pada Hari 
Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dengan 
cerita perjalanan hidupnya yang berasal daripada keluarga 
miskin. Katanya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa 
usaha yang berterusan dan kejayaan yang dikecapinya 
sekarang bermula dengan lima falsafah hidup yang 
dipegangnya selama ini. Falsafah pertama, 
katanya adalah mendapatkan kerjaya yang disukai; 
kedua, bekerja keras di samping bekerja dengan bijak; 
ketiga, teruskan proses pembelajaran; keempat, 
menghargai kedua-dua ibu bapa dan terakhir memilih 
pasangan hidup yang tepat. “Sejak kecil saya menggemari 
subjek matematik dan ia mendorong untuk saya 
menyertai dunia perbankan sehingga ke hari ini,” katanya 
pada sesi CEO bersama profesional muda di sini hari ini.
Hari Terbuka GLC 2011 yang julung kali dianjurkan 
berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen 
Kuala Lumpur (KLCC), bermula Jumaat lepas.
Abdul Wahid yang dilahirkan pada tahun 1964 berasal 
dari Kampung Tarom, Johor Bahru dan beliau merupakan 
anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.
Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di 
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban, 
Negeri Sembilan dan seterusnya menyambung pengajian 
ke United Kingdom. Bapanya hanya bekerja sebagai 
buruh yang juga bekas tentera British di Singapura, 
manakala ibunya mengambil upah menjahit pakaian di 
kampung. Tambah Abdul Wahid, beliau sangat 
menghargai jasa kedua-dua ibu bapa dan sekarang, 
mereka tinggal bersama-samanya.


Owh, sangat cool kot. Cik Tim tabik spring lah.Kekeke. Daripada miskin kepada seorang yang kaya dan berpengaruh. Betul lah kejayaan itu tak datang bergolek, sebaliknya datang dengan usaha. Eh2, termotivasi plak.Ngee. Well pendapat cik Tim bagi setiap falsafah tu kan:

1. Mendapatkan kerjaya yang disukai

Cik Tim pun xtaulah. Cik Tim still belajar lagi tapi cik Tim xtau lah cik Tim suka ke x kan. Sekarang dah 3rd year bru nak cakap xsuke. isk2. Tapi cik Tim kan belajar HR, so mestilah impikan kerja di company yang mempunyai department HR besar dan stabil supaya dia punya salary nanti mesti masyuk.Kekeke. Tapi cik Tim sangat suka bidang seni, menulis & business. Well benda2 tu maybe bolah dijadikan part time job untuk cik Tim. Korang camne? Cita2 mesti lagi gempak. =)

2. Berkerja keras disamping berkerja dengan bijak

Aduh, ini haruslah cik Tim anak sulung at the end mesti kena sara family. Oleh itu kena start dari sekarang. Belajar rerajin. Pendek kata, study and work smart. Supaya xde lah terkontang kanting nak exam kan. Ngee~

3. Teruskan proses pembelajaran

Cik Tim sekarang ni Allhamdullillah dah masuk 3rd year study. Kira dah tahun akhirlah. Next year dah sart nak praktikal kemudian tanam anggur jap pastu kerja lah. Tapi cik Tim ada niat nak amik kelas memandu sebab, saya xtau bawak kereta. Nak amik kelas English malam dekat Uitm Shah Alam dekat jew dengan rumah b'coz i need to improve my english. Kekeke. Cik Tim juga berniat nak amik kelas mekap suapaya boleh mekapkan muka cik Tim chomot nie, kelas menjahit & labuci so that boleh jahit baju sendiri and keluarga. Pastu nak amik kelas memasak so that nanti xdelah repeat masak makanan yang sama je setiap minggu.He2. Last but not least, Cik Tim nak amik kursus jangka pendek accounting so that if cik Tim xduduk kat department HR yang buat salary2 tu bolehlah duk kat department accounting kan. Juga Cik Tim nak amik  MBA lah buat part time. Full time keje. Kiranya PJJ lah. Cik Tim dah target masa umur 25 camtu before @ after cik Tim dah kawen. waah..gitu kan.

4. Menghargai ibubapa.

Cik Tim sayang sangat emak abah cik Tim. Mak Abah i luv both of you. Susah senang kita bersama. TQ bcoz being so supportive parents for me. Everything i do, i'll for sake of both of you mama abah. =)

5. Memilih pasangan hidup yang tepat.

Urmm yang ini cik Tim xnak comment lebih2. Malu.Ngee. Pape pown cik Tim berserah pada Allah. Memang cik Tim ada berkenan ddengan seseorang dan slalu berdoa semoga suatu hari nanti dia akan jadi my future husband and daddy for my kids.=p Mengharapkan dirinya akan sentiasa bertanggungjawab dalam memikul beban sebagai seorang suami dan bapa, membimbing diri ini dekat pada suruhanNya, menerima baik buruk diri ini seadanya. Amin. Ngee...no komen. Ha2...Amin..Amin..Amin~

Wah kembang kempis hidung merah padam pipi. No komen but itu adalah sesuatu yang memang seorang dambakan right? Well insyaAllah mama, akak akan cuba menjadi yang terbaek dalam apa yang setiap akak lakukan hanya untuk Dia, mak abah dan dirinya juga diri ini. Wawawa..=D Mohon doanya.Amin~


.i just love her.
.TQ mama 4 the motivation.
&
.i just love u.

~from Muadzam with love~

Habit: Baek ke @ Buruk ke~

Assalammualaikum ^^

Selamat malam semua. Cik Tim baru selesai makan malam bersama Kak Ika sambil berkongsi cerita mencari ilham baru untuk di belog kan. kekeke. Tapi entry kali ini bukan hasil ilham bersama kak ika, tapi hasil ilham semasa mandi. Kekeke. Patotlah orang kata, kalau nak cari ilham cube try kat toilet garenti akan dapatnyer. hak2.

Anyway, cik Tim nak story mory pasal habit. Well semua orang ada perangai @ habit yang xboleh  @ still xmampu untuk dikikiskan. Then so am i. Sob3. Cik Tim xtau lah perangai @ habit cik Tim nie baik ke x tapi ianya cam dah sebati dengan diri kitakan. So adakalanya susah lah kita nak get rid benda ni. Adeh sabar jelah.

1. Sangat2 malas nak balas SMS, unless penting @ msg dgn org yg kita suka sangat.

Kenyataannya memang macam tu. Walaupun cik Tim cuba menafikan tapi itulah kenyataannya. Cik Tim memang sangat suka balas SMS especially dari insan yang kita sayang tapi kalo yang biasa2 jek, urm memang xbalas (especially kalo cam xpenting) or cik Tim akan postpone balas. Postpone balas maksudnya, akan balas tapi maybe beberapa minit, jam atau hari selepas dapat SMS tu. Ish2, pemalasnya tapi itulah kenyataannya especially bila tengah cuti semester, makin berenggang lah dengan handphone tue.



2. Suka bersendirian.

Yang ni kalo sape2 yang xkenal cik Tim memang xtaulah cik Tim memang ada perangai pelik nie. Memang umum tau yang cik Tim ini sangat suka bercakap, ketawa & tersenyum. Tapi harus tahu yea bahawa cik Tim sangat suka menyendiri. Bila kat rumah, cik Tim suka terperap kat dalam bilik. Berangan, tido, dll. Lau xduduk kat dalam bilik pun, cik Tim sangat suka je duduk dekat rumah. Sebab tu lah kalo orang ajak keluar cik Tim frust sikit jew sebab cik Tim xlah heran sangat nak keluar sebab duduk rumah cam lagi seronok je. Btw cik Tim bukan katak dibawah tempurung ok, i dok update cite dekat internet dengan TV, tau x. Ngee, tapi sekali dah jalan sangat suka, eventhough mak bawak teman gi kedai.


3. Suka layan diri

Ya ikotkan hati tue sangat. Ayat tu amat sesuai untuk cik Tim. Memang cik Tim suke layan diri. Xkisahlah tengah sedih ke seronok ke, cik Tim memang suka layan diri sendirian berhad ok. Terkadang takot lah orang terasa hati dengan cik Tim sebab cik Tim nie jenis huhahuha lah jugak. Tapi bila dah senyap tu, senyap terus lah pulak.Buat xlayan je orang lalu lalang depan mata. Sebab suka melayan diri, cik Tim bila senyap muka stock nampak marah @ garang @ sombung. Aduh nak buat camne. Allah dah ciptakan rupa paras yang macam ini. Terima jelah tapi tak suke orang yang salah anggap pada diri kita ini. Come on guy, i just need my very own spaces. Don't judge me like u're God. People need their own spaces and sometimes tend to make mistakes. Haish.


4. Sifat keanak2kan yang melampau

Yang ini cik Tim kadang2 xmampu nak kawal. Memang macam budak2 and maja lah sangat. Padahal anak sulung. Siap boleh nak gadoh dengan adik yang 6 tahun tu. Hampeh punya kakak. Patot kakak sayang adik tapi boleh nak gadoh xpuas ati dengan adik kecik tu. Adeh, pastu boleh nak ketawa dekah2, naik turun tanga lompat2. Tak sedor diri, dah suara tu cam budak kecik, kawan kepada doremn Uargh..tidak. Saya nak jadi matang. Sila beri tunjuk ajar o.O



5. Bantal busuk sumber kekuatan.

He2, ini adalah fakta bukan auta. Tahu tak kenapa adanya bantal busuk sebab kita pasti merasakan bantal itu macam something yang akan jaga kita dan melindngi kita (means bukan yang syirik punya ok). Cik Tim kalo nak tido mesti pelok bantal laju2 =p. Hahaha. Rasa cam selamat jea. Dulu masa kecik lagi teruk, siap susun bantal keliling tempat nak tido sebab nak rasa selamat. Well dah besar pun masih peluk bantal busuk walauun kecik. Reasonnya, nak tutup perut daripada masuk angin. Selain itu, bila tengah study tetiba rasa penat and perlukan kekuatan, Cik Tim pasti akan cari bantal untuk charge balik tenaga cik Tim.  Wow...hebat bukan.



Ouhhh, cik Tim tak ingat dah ape habit yang cik Tim ada lagi yang pelik2 tue. Mungik dah makin besar makin sedar diri dan cuba mengelak dari menimbulkan sebarang masalah. Wake up, U already 21 dah cik Tim. Sila matang =) Well guys, hopefully your habit not bad as i am. Ngee~


Sunday, June 26, 2011

Menjadi Kreatif kah?

Assalammualaikum...^^

Hello dearie. Saje je rajin nak nak update belog tersayang nie. Tajuk nya kreatif. Ouh, cik Tim nie kreatif kew? Ntahlah, tapi sangat suke bende yang unik. Last cuti semester, cik Tim sedang seronok menternak lemak landing2 kat ruang tamu sambil tengok Wanita Hari Ini dekat TV3. Masa tue, xingatlah ape main tajuknya masa tue. Tapi cik Tim sangat suke tengok part bila ade orang2 yang kreatif buat dan tunjuk kan hasil diorang. Wah! mereka sangat berbakat. I like. 

Owh yea, masa tue, ada seorang insan iaitu miyyah datang dan menunjukkan hasil kreatifnya mengunakakn KERTAS. Wow, what a talent kn. Dari kertas, dia quilt2 jadi macam2 bentuk. Sangat cantik and cemburu, erk maksudnya nak jugak buat macam tu kekeke. 

Ok sini cik Tim selit kan link untuk korang tengok2 hasil beliau. Ok ni FB cik Miyyah kite. Tekan Sini. Dan yang ini pulak belog cik Miyyah kita. =) 

Btw, aritue cik Tim adelah try jugak kan mencungkil bakat. Dah lama dah buat, bru sekaraang nak letak kat belog ni.So korang boleh lah tengok2. Enjoy~

bentuk hati

variety

rama-rama

bunga

Hati lagi

cik siput

cik rama2 & cerry

en sotong

hati...again

rama2 didalam hati

jambangan bunge

cake

ice cream

snow flakes

bunga tulip

snow flakes...

snow flakes

well, semua hasil kreatif ini hanya hobi semata2, bukan untuk dijual sebab cik im sendiri tak punya banyak masa untuk buat banyak2 sebab semester yang cukup pack.Kreatif ke x, anda yang lihat, anda yang nilai. Terima Kasih. Ngee~

p/s: ade posibility ke dpt jual? kekeke, ntahlah~

Like Jangan Tak Like

Assalammualaikum...

Good Morning everybody...tih2. Minta maaf semalam xmyempat2 nak update blog nie. Adeh...semalam cik tim penat sesangat lah, orang kata tak terkata gitu ngeee. Semalam kan cik tim ade program 1st Gathering 2011. Sila baca entry sebelum nie. Makanya balik dari program semalam cik tim merayau ke pasar jap tengok baju. (Padahal lapar, bukan nak tengok makanan =p) hu2. 

Untuk pengetahuan korang, kat Muadzam nie kedai2 makan especially memang takkan bukak lah. Pendek kata susah lah nak bukak. Even foodcourt Ilmiah (asrama tempat cik Tim duduk) ni pun xsudi nak bukak. wawawa, sedey. Sedey lah sebab malas nak jalan kaki gi pasar. Nasib baik lah semalam dapat naik kereta junior bawak gi pasar. Jalan2 tgok baju, tudung pastu baru beli makanan. Cik Tim ape lagi, beli laksa kesukaan cik Tim lah. Laksa Buyung. Erk..xtau ape itu "Buyung". Maybe tempat kuah dia guna periuk yang macam ibu mengandung kot & diperbuat dari tanah liat. Papepown, laksa tue sedap tau. I like~

Btw, entry untuk program 1st Gathering tue cik Tim belum berkesempatan nak hupdate sebab cik Tim semalam xsempat nak tangkap gambar banyak2. Terpaksa tunggu kawan2 cik Tim upload dekat FB diorang. hu2. Pape pown nanti cik Tim buat eh. 

Tapi ape yang cik Tim nak share arini adelah pasal Like. Korang pernah tak like2 kawan2 yang join competition through FB. Yang minta like2 tue. Ngee. So entry kali ini khas untuk kawan cik TIm yang sun melacun dari kelate. Silalah tolong like pic dia and kawan dia. kat sini ad dua gambar yang perlu di like.

Yang pertama, pertandingan dari Hertz Collection. Pasal anda dan pasangan anda. Ni cik Tim bagi link di SINI. Kemudian sila like GAMBAR kawan cik tim tu ea. Kat sini cik Tim letakkan gambar kawan cik tim supaya korang tak tersalah like pulak kan.

kawan cik tim bertudung hijau & kawannya

Gambar kedua pula dari Raudhah Shawl Store. Sila like SINI dan kemudian like GAMBAR kawan cik Tim nie ok. Gambar ni sebagai reconfirmation untuk korang ok. 

ni lah kawan cik tim, cun kn~

Papepown jangan lupe like dan like ok. Cik Tim nak out dulu lah nak gi lunch. Perut pun dah main lagu keroncong dah nie, papai sumer..=) 

p/s: bila lah nak shoot camtu kan haiiih~ kekeke~

Saturday, June 25, 2011

Silent Reader

Assalammualaikum

Sekarang telah menunjukkan pagi, tetapi cik tim masih belom mampu untuk tido. Tue dia tangan kemain laju ketik2 papan kekunci lappy nie. Adeh, bukan apew xde sape nak dodoikan, camne nak nak tido kan.? Cik Tim jadi dok teringat kat mama cik Tim. Dulu masa kecik, emak selalu dodoikan. Ngee, sayu sungguh. Makxdelah nak nyanyi2 macam2 lagu. Cukup hanya selawat jew. " Lailahaillallaah, Muhammadur Rasullullah" sayu sangat. Kadang2 bilew terhengat siap bley dodoikan diri sendir nak tiru cam mak dodoikan. Urgh, I miss u damn much mama.


inilah Mama cik Tim, nampak muda kan

Owhh, bercakap pasal "silent reader" cik Tim lah orangnyer. Cik Tim orangnya, suka sangat nak menulis, membaca dan menaip (walaupun menaip agak kelambatan kan...kekeke). Lately cik Tim suke sangat bace & tengok gambar2 dari blogger2 hebat yang lain macam Irine NadiaFatin LiyanaBahiyah juge Nurul Ain dan lain2. Meraka sangat awesome. Blog diorang pun sangat seronok dibaca macam diorang bercerita. Haish, bile lah nak ade belog macam tu kan. kekeke. Xpew2, usaha tangga kejayaan.


inilah cik Fatin Liyana


Cik Byah


ini pulak Cik Irine


ok ini plak cik Ain

Tapi jadi silent reader nie sangat seronok sebab blogger xkenal kitew. Tapi terkadang adelah rase2 jugak nak kenal dengan bloger2 terhebat nie. Homaigod..eh, salah, Ya Allah. Pape pown, Cik Tim ini bukan inchik stalker, tapi Cik nerd yang ske nak timba ilmu. Peace no war. Huarghh...termengantok dah nie.

Nak kene titow lah nie. Esok Cik Tim ade program PPI iaitu Persatuan Pengajian Islam. Ade program 1st Gathering 2011. Wahh, sangat seronok lah programnyer. Papew esok cik tim hupdate ok. Ngee, adios amigos. Gud nite2.~

Inilah poster program 1st Gathering 2011 tue

Friday, June 24, 2011

kemalasan...

hai2..ho2..hello2...

ok mintax mf byk sgt2 sbb malas nyer nak hupdate blog nie..adeh... ape itu malas? knape sy malas..tatau..ngeee..ok fullstop. 

actually cik tim skrg alam minggu2 midterm... what the pressure lah....tdo xckup cam beruang panda dah nie.. adeh..knape pelru exam...homaigod...

pg tdi cik tim exm cross cultural management...subject dier giler..superb..ngeee... masa yang diberikan adelah 1 jam 50 minit ahaja..ok SAHAJA ok..ngeee.... dan soalan yang diberikan adelah sebanyak, urm, 15 mcq, 10 true false, 10 fill in the blanks and 7 esei....adeh..and the best it's open book.

tau2 je lah ble dah open book tahap kesukaran dia agak blh tahan jgk. Mula lah mjawab exam dgn penuh sungguh2, selak sana, selak sini, nak cari jawapan punya pasal. Yang bestnyer lecturer, siap cakap awak semua memang sangat bersungguh2 kan adeh..memanglah bersungguh2 miss oii sebab nak kejar mase pnye masa.

At the end, ada certain soalan memang cik tim x sempat buat lah. Adoi, ingat kan persendirian lah xdapat jawab exam, ruanya kawan2 yang lain pun sama jugak.Adeh, nasib baik. Dengar2 cite lecturer nak bagi class task untuk topup markah kalo ramai dapat rendah. Allhamdullillah. 

Oklah sampai sini jew, pada yang lain don do this (xdapat jawab soalan sampai hbs) at home. Daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...