Monday, June 27, 2011

Motivasi Pagi Dari Mama

Assalammualaikum ^^

Selamat tengahari. Udah makan? Arini cik Tim puasa sunat, xdapat nak join sekali korang2 makan tengahari. =) Pagi tadi seusai cik Tim bersahur, mama tersayang menghantar SMS pada cik Tim. Ingat ape, rupanya nak bagi motivasi pagi. kekeke. Dalam mesej tu, mama quote dari surat khabar jew pastu SMS kat cik Tim. SMS tu pasal falsafah @motvasi yang diamalkan oleh presiden & CEO Maybank. Kat sini cik Tim selitkan ape yang ade kat surat khabar tu na.


Falsafah Kejayaan...Berbakti Kepada Ibu Bapa

Wahid kongsi kisah kejayaan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), 
Datuk Seri Abdul Wahid Omar memukau 
lebih 100 pengunjung muda pada Hari 
Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dengan 
cerita perjalanan hidupnya yang berasal daripada keluarga 
miskin. Katanya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa 
usaha yang berterusan dan kejayaan yang dikecapinya 
sekarang bermula dengan lima falsafah hidup yang 
dipegangnya selama ini. Falsafah pertama, 
katanya adalah mendapatkan kerjaya yang disukai; 
kedua, bekerja keras di samping bekerja dengan bijak; 
ketiga, teruskan proses pembelajaran; keempat, 
menghargai kedua-dua ibu bapa dan terakhir memilih 
pasangan hidup yang tepat. “Sejak kecil saya menggemari 
subjek matematik dan ia mendorong untuk saya 
menyertai dunia perbankan sehingga ke hari ini,” katanya 
pada sesi CEO bersama profesional muda di sini hari ini.
Hari Terbuka GLC 2011 yang julung kali dianjurkan 
berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen 
Kuala Lumpur (KLCC), bermula Jumaat lepas.
Abdul Wahid yang dilahirkan pada tahun 1964 berasal 
dari Kampung Tarom, Johor Bahru dan beliau merupakan 
anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.
Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di 
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban, 
Negeri Sembilan dan seterusnya menyambung pengajian 
ke United Kingdom. Bapanya hanya bekerja sebagai 
buruh yang juga bekas tentera British di Singapura, 
manakala ibunya mengambil upah menjahit pakaian di 
kampung. Tambah Abdul Wahid, beliau sangat 
menghargai jasa kedua-dua ibu bapa dan sekarang, 
mereka tinggal bersama-samanya.


Owh, sangat cool kot. Cik Tim tabik spring lah.Kekeke. Daripada miskin kepada seorang yang kaya dan berpengaruh. Betul lah kejayaan itu tak datang bergolek, sebaliknya datang dengan usaha. Eh2, termotivasi plak.Ngee. Well pendapat cik Tim bagi setiap falsafah tu kan:

1. Mendapatkan kerjaya yang disukai

Cik Tim pun xtaulah. Cik Tim still belajar lagi tapi cik Tim xtau lah cik Tim suka ke x kan. Sekarang dah 3rd year bru nak cakap xsuke. isk2. Tapi cik Tim kan belajar HR, so mestilah impikan kerja di company yang mempunyai department HR besar dan stabil supaya dia punya salary nanti mesti masyuk.Kekeke. Tapi cik Tim sangat suka bidang seni, menulis & business. Well benda2 tu maybe bolah dijadikan part time job untuk cik Tim. Korang camne? Cita2 mesti lagi gempak. =)

2. Berkerja keras disamping berkerja dengan bijak

Aduh, ini haruslah cik Tim anak sulung at the end mesti kena sara family. Oleh itu kena start dari sekarang. Belajar rerajin. Pendek kata, study and work smart. Supaya xde lah terkontang kanting nak exam kan. Ngee~

3. Teruskan proses pembelajaran

Cik Tim sekarang ni Allhamdullillah dah masuk 3rd year study. Kira dah tahun akhirlah. Next year dah sart nak praktikal kemudian tanam anggur jap pastu kerja lah. Tapi cik Tim ada niat nak amik kelas memandu sebab, saya xtau bawak kereta. Nak amik kelas English malam dekat Uitm Shah Alam dekat jew dengan rumah b'coz i need to improve my english. Kekeke. Cik Tim juga berniat nak amik kelas mekap suapaya boleh mekapkan muka cik Tim chomot nie, kelas menjahit & labuci so that boleh jahit baju sendiri and keluarga. Pastu nak amik kelas memasak so that nanti xdelah repeat masak makanan yang sama je setiap minggu.He2. Last but not least, Cik Tim nak amik kursus jangka pendek accounting so that if cik Tim xduduk kat department HR yang buat salary2 tu bolehlah duk kat department accounting kan. Juga Cik Tim nak amik  MBA lah buat part time. Full time keje. Kiranya PJJ lah. Cik Tim dah target masa umur 25 camtu before @ after cik Tim dah kawen. waah..gitu kan.

4. Menghargai ibubapa.

Cik Tim sayang sangat emak abah cik Tim. Mak Abah i luv both of you. Susah senang kita bersama. TQ bcoz being so supportive parents for me. Everything i do, i'll for sake of both of you mama abah. =)

5. Memilih pasangan hidup yang tepat.

Urmm yang ini cik Tim xnak comment lebih2. Malu.Ngee. Pape pown cik Tim berserah pada Allah. Memang cik Tim ada berkenan ddengan seseorang dan slalu berdoa semoga suatu hari nanti dia akan jadi my future husband and daddy for my kids.=p Mengharapkan dirinya akan sentiasa bertanggungjawab dalam memikul beban sebagai seorang suami dan bapa, membimbing diri ini dekat pada suruhanNya, menerima baik buruk diri ini seadanya. Amin. Ngee...no komen. Ha2...Amin..Amin..Amin~

Wah kembang kempis hidung merah padam pipi. No komen but itu adalah sesuatu yang memang seorang dambakan right? Well insyaAllah mama, akak akan cuba menjadi yang terbaek dalam apa yang setiap akak lakukan hanya untuk Dia, mak abah dan dirinya juga diri ini. Wawawa..=D Mohon doanya.Amin~


.i just love her.
.TQ mama 4 the motivation.
&
.i just love u.

~from Muadzam with love~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...