Wednesday, August 3, 2011

37:1 dah xrelevant ;-p

Assalammualaikum ^^

Selamat pagi cayunk2. Syukur allhamdullillah, sudah puasa ke 3 Ramadhan. Allhamdullillah, masih penuh ;-p. Ha2. Well, cik Tim lately susahlah nak menghapdate sentiasa entry2 yang baru sebab cik Tim punya final exam dah dekat. Waaa, takot2. Ok lah entry kali ini mengenai 37:1 dah xrelevant. Ape tue ea? Korang pernah tengok kan cerita 3 2 1 cinta x? mestilah pernah, tipu lah tewww kalo xpernah kan...hua hua hua. Well, dalam cerita tu, ada scene dimana pelakonnya peirre andre (betul ke cik Tim eja ni) @ Diana Amir ade cakap yang dalam majalah mukasurat keberapa ntah, perenggan ke berapa jugak ntah, cakap yang nisbah perempuan dan lelaki bersamaan 37:1. Well, maksudnya perempuan lagi reramai lah daripada lelaki kan. Hu2.



Tapi nape cik Tim kata xrelevant kan, sebab2 aritu kuar dalam surat khabar Berita Harian (31/07/2011) tajuk pasal  "Bilangan lelaki bujang lebih ramai." Korang percaya lah cakap cik Tim. Ni cik Tim baca dari surat khabar lah ni. Kalau xpercaya lagi mai bace SINI lah dik non oiii. Kan betul kan cik Tim dah bagi tau dah. Well, tapi nape xnampak pun lelaki banyak. Depa menyorok mana agaknya. Kelas cik Tim pun ade 2, 3 orang je lelaki. Adeh, bosan lah nak cuci mata, balik2 diorang bertiga je. Adeh. Ce bagi banyak sikit selection. (Opss, sorry cik Tim excited tadi belajar subjek Recruitment & Selection ;-P) Ha2.

pilihan yang ini..erk....

Yang cik Tim geram Berita Harian tulis lambat kawen boleh dedah pelbagai risiko negatif. Haipp, kalo cik Tim kawen lambat pe nak buat kan. Cik Tim belum habis belajar, keja pun xtau kat mana, nak kumpul duit beli rumah, kereta, bawa mak abah gi haji umarah, bla bla bla....Wait, jap2...cik Tim sila sedar diri awak baru 21 tahun ni. Sila jangan gelojoh. Muahahaha. Baik2, saya akan bersabar. =)

Yang pasti kan kawan2 ku yang wanita @ lelaki, sekarang ini kan dah banyak choices. Sila lah mencari calon yang terbaik buat diri kalian na. Tak kisahlah yang muda, yang tua, lain kaler ke, ketinggian xsama ke yang pasti pilih lah yang beriman na.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim). [lelaki pun same nooo]

Hua2, cik Tim pun tidak larat membebel sebab kekurangan air liur untuk berbicara lebih. I puasa okay. Eh3, ini kan belog, guna mulut tangan sudey cik Tim. Eh yela, cik Tim mereng jap. Hua3. Ok lah nak blogwalking. Daa~

sila jangan tergoda di bulan puasa ini ;-p

p/s: Walaupun ada banyak selection, nak mencari calon yang sesuai bukanlah senang yea tuan puan.Bukan macam makan ais krim walls selection ea. (cari cam Aaron Aziz ok gak ;-p)

abg aaron....weekkk ;-p haha~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...