Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday: Sailor Soldiers

Assalammualaikum ^^

Cik Tim ni kan lahir tahun 1990. Dulu tahun 90an famous lah dengan cerita anime Sailormoon, tengok kat TV lah, bace komik dia. Pastu dah xde dah kat TV. La ni cite ni kuar balik dekat NTV7. Cite dia memang best arr, cik Tim siap tengok movie2 dia lagi. Series pun ade. Mode: happy. =)


Dari kiri: Sailor Uranus, Sailor Neptune, Tuxedo Mask Man, Sailor Venus, Sailor Mars, Sailormoon, SailorChiba, Sailor Mercury, Sailor Jupiter, (sailor yang lagi dua nie cik Tim xingat lah~) 

Ingat x kucing Sailormoon yang hitam keungguan tu, Luna >>Inilah rupanya bila bertukar jadi manusia

p/s: Keseluruhannya, mereka gojes. Wakaka. Better korang komen, kalau x dengan kuasa bulan akan menghukum mu ;-p

37:1 dah xrelevant ;-p

Assalammualaikum ^^

Selamat pagi cayunk2. Syukur allhamdullillah, sudah puasa ke 3 Ramadhan. Allhamdullillah, masih penuh ;-p. Ha2. Well, cik Tim lately susahlah nak menghapdate sentiasa entry2 yang baru sebab cik Tim punya final exam dah dekat. Waaa, takot2. Ok lah entry kali ini mengenai 37:1 dah xrelevant. Ape tue ea? Korang pernah tengok kan cerita 3 2 1 cinta x? mestilah pernah, tipu lah tewww kalo xpernah kan...hua hua hua. Well, dalam cerita tu, ada scene dimana pelakonnya peirre andre (betul ke cik Tim eja ni) @ Diana Amir ade cakap yang dalam majalah mukasurat keberapa ntah, perenggan ke berapa jugak ntah, cakap yang nisbah perempuan dan lelaki bersamaan 37:1. Well, maksudnya perempuan lagi reramai lah daripada lelaki kan. Hu2.



Tapi nape cik Tim kata xrelevant kan, sebab2 aritu kuar dalam surat khabar Berita Harian (31/07/2011) tajuk pasal  "Bilangan lelaki bujang lebih ramai." Korang percaya lah cakap cik Tim. Ni cik Tim baca dari surat khabar lah ni. Kalau xpercaya lagi mai bace SINI lah dik non oiii. Kan betul kan cik Tim dah bagi tau dah. Well, tapi nape xnampak pun lelaki banyak. Depa menyorok mana agaknya. Kelas cik Tim pun ade 2, 3 orang je lelaki. Adeh, bosan lah nak cuci mata, balik2 diorang bertiga je. Adeh. Ce bagi banyak sikit selection. (Opss, sorry cik Tim excited tadi belajar subjek Recruitment & Selection ;-P) Ha2.

pilihan yang ini..erk....

Yang cik Tim geram Berita Harian tulis lambat kawen boleh dedah pelbagai risiko negatif. Haipp, kalo cik Tim kawen lambat pe nak buat kan. Cik Tim belum habis belajar, keja pun xtau kat mana, nak kumpul duit beli rumah, kereta, bawa mak abah gi haji umarah, bla bla bla....Wait, jap2...cik Tim sila sedar diri awak baru 21 tahun ni. Sila jangan gelojoh. Muahahaha. Baik2, saya akan bersabar. =)

Yang pasti kan kawan2 ku yang wanita @ lelaki, sekarang ini kan dah banyak choices. Sila lah mencari calon yang terbaik buat diri kalian na. Tak kisahlah yang muda, yang tua, lain kaler ke, ketinggian xsama ke yang pasti pilih lah yang beriman na.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim). [lelaki pun same nooo]

Hua2, cik Tim pun tidak larat membebel sebab kekurangan air liur untuk berbicara lebih. I puasa okay. Eh3, ini kan belog, guna mulut tangan sudey cik Tim. Eh yela, cik Tim mereng jap. Hua3. Ok lah nak blogwalking. Daa~

sila jangan tergoda di bulan puasa ini ;-p

p/s: Walaupun ada banyak selection, nak mencari calon yang sesuai bukanlah senang yea tuan puan.Bukan macam makan ais krim walls selection ea. (cari cam Aaron Aziz ok gak ;-p)

abg aaron....weekkk ;-p haha~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Assalammualaikum ^^

Morning semua dah breakfast, eh3 i mean dah sahur? Hu2. Saya sudah. Well, kata orang bujang kan. Makan meggi dengan milo panas je. Well, dah dah, jangan komen part makan pe tu. Cik Tim tau cik Tim salah. Semalam, lepas dah makan malam pukul 11, cik Tim pergi rumah kawan cik Tim, Teah untuk menyiapkan assingment + study sikit2. Nauzubillah mengantuknya xtahan terus cik Tim try baring kat katil. Ha2 amik engkau tertido nyenyak sampai pukul 5. Nasib baik terkejut. Terus bangun sahur. Nasib baik ade bawak supply maggi & milo. Hu2. Itu lah alkisahnya. =)

Well hari ini 1 Ramadhan, bagi cik Tim Ramadhan ni sama je macam hari2 biasa sebab cik Tim dah biasa puasa sunat. Well yang bezanya mungkin sebab orang lain pun puasa dan makanan yang diorang makan agak "semangat" sikit. Hehe. Well cik Tim dah biasa sahur makan roti dengan minum air panas, so tak bimbang pun kalo lapar sangat. Ramadhan kali ini, cik Tim rasa sayu sangat sebab sekali lagi tak dapat berpuasa dengan emak. Yela cik Tim punya assingment still melambak & final exam cik Tim makin dekat. Sayu plus sedih.

Semalam call emak tercinta. Emak cakap dia dah takde selera dah nak makan nasi. Cik Tim tanya lah kenapa? Mak cakap mak makan roti je. Tak larat makan sebab anak2 dia xde. Untuk pengetahuan semua cik Tim ni 3 beradik je. Ayah cik Tim berkerja dekat Uniten Muadzam. Cik Tim pun belajar di Uniten Muadzam. Adik Cik Tim yang bawah cik Tim (perempuan) pulak sambung belajar dekat UITM Melaka.. Dia tak dapat balik sebab sibuk nak midterm. Cik Tim dengan abah cik Tim pun xdapat balik. So emak dengan adik bongsu cik Tim yang lelaki (6 tahun)jelah yang tinggal kat Shah Alam tu. Mak sedih xde gang nak sahur. Luckily, mak ngah cik Tim offer emak berbuka puasa sama2 sebab tahu emak penat kerja xsempat nak masak. Kalo anak2 dia ada sempatlah masak. Cik Tim dengar terus cik Tim mengalir air mata senyap2. Xnak bagi emak dengar. 

Emak, kakak pun rindukan emak. Sayang sangat emak. Akak nak balik tapi xdapat. Akak kena tunggu final exam ni habis.Cik Tim start exam 14 Ogos ni & habis final dalam 26 Ogos. Tapi cik Tim balik lambat sikit kot sebab kena tunggu ayah cik Tim habis keja baru balik untuk raya, hu2. Cik Tim rindu sangat dengan emak T_T (cukup2 lah mengalir air mata)

Owh yea cik Tim pun nak minta maaf sebab kebusyan nak settle kan assingment, cik Tim tak menyempat nak update belog tersayang ni. Harap2 korang pun faham okai.

i love all of you guys from the bottom of my heart

p/s: Impian cik Tim supaya keluarga cik Tim berkumpul kembali & menjalani ibadah puasa dengan penuh barakahNya. Amin, Insya-Allah.

(sila jangan lupa niat puasa na, jangan asyik ingat doa buka puasa jek wekk ;-p)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...