Showing posts with label sekadar cerita. Show all posts
Showing posts with label sekadar cerita. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Congrates Malaysia Si Harimau Malaya

Assalammualaikum...^_^

Jam menunjukkan  2.15 pagi (22/11/2011) bila cik Tim mula menaip. As we all known that, skuad Harimau Muda Malaya footballers had won the 1st place of the Sea Games. Cik Tim was so proud sampai leka gila baca comment2 kat mukabuku sebab Malaysia menang kan. (Patriotik sikit).



Padahal cik Tim xtengok pun bola, sebab study plus TV xde kan. So tengok status2 orang pun jadi lah. Why? Sebab cik Tim ada midterm petang esok (22/111/2011). So kena lah study. 

Dah lama cik Tim tak minum nescafe. Mengantuk punya pasal i tibai je you, nak study katanyer. 1st half study dah ngantuk (hak2, demam bola, nak jugak 1st half). Until sekarang cik Tim tak boley tido lah wey. Padahal esok pagi ade kelas. Adushhh. 

Well, dalam menang2 Malaysia, banyak juga cerita yang tak best. Satunya, xde cuti umum. Tak percaya ce baca pe Dato Najib cakap. Kekeke, xdapat nak mengelat amik midterm. Xpelah, dah banyak sangat cuti dah pun. Lagi satu yang tak best, ade 2 rakyat Indonesia yang mati lepas habis perlawanan dekat stadium sebab kena pijak. Simpati.

Yang tak bestnya jugak, banyak lah status2 kat FB dok kutuk2 marah dua rumpun nie. Janganlah macam tu. Kita kan 1 rumpun. Sejak bila pulak ade 2 rumpun. Even cik Tim ni pun, kacukan Melayu, Jawa, Bugis, Rawa & Banjar. Xkan nak gado2. Xbest ler. Kalah menang adat permainan. 

Well cik Tim suggest baca blog Dr ni kat SINI wahai rumpun2 semua. Erk...oklah melalut dah. Study tak habis jugak.

I love you more lah Malaysia, Harimau Muda. Rabu ni buat yang terbaik lawan Syria okies. All the best. =D

p/s: Teringat dekat en. "Fandi Othman". Kekeke. (Sila jangan buat gosip~)

the end. kbai. =)

Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji, Earth Hour, Sekadar Dipinggiran & Nyamuk

Assalammualaikum...^_^

Rasanya cam tak lewat lagi cik Tim nak menggucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat blogger. huhe. (Entry raya haji kemudian yea). 


Cik Tim nak mencertikan mengenai semalam. Semalam pagi beraya haji dirumah cik Tim di Shah Alam. Petang tu terus zuuppp balik Muadzam kan. Yela saya kan anak perantauan demi mengenggam segulung Muadzam. Ceiittt...ayat bajet overseas. Bandar Muadzam Shah yea kawan2 tahu x. Diantara, Segamat, kuantan & Rompin. Malas lah nak explain. Hnagpa memang xtahu sebab sebelum sampai Segamat, Kuantan dengan Rompin korang mesti tido dalam kereta kan. Maklumlah hutan sejuk bajet Machester City, UK. Hu2.

Well, petang sabtu jugak cik Tim dah balik. Malam 2 cik Tim sengsorang je, semua orang belum balik..sekali...tup...wey black out lah..alaaaa...buat2 creepy plak memalam nie kan.  Cingat rumah cik Tim je rupa2nya 1 blok kena. Mengagau panas and gelap. Tunggu punya tunggu kul 1.30 pun xade lagi. Cik Tim tido dengan tingkap terbuka. Ape nak jadi2 lah. Bangun2 dah ade letrik. 



Petang Isnin 2 plak, cik Tim makan dengan ayah cik Tim dekat kedai makan namanya "Sekadar Dipinggiran." Hua2, ni bukan Francesa Peter punya kedai makan ea tapi kedai makan 2 memang sekadar dipinggiran Muadzam. Kalo korang cari memang tak jumpe lah. Dahlah Muadzam korang xtau, nak cari yang dipinggiran palk. Isk2...



Makanan dia boleh lah tahan tapi pedas dia xterkata engkooo..Hu2. Sila makan dengan air kosong ea. Cik Tim makan nasi putih dengan Tom Yam je kot tapi pedas. Terbakar lidah. Masa kat sana banyak giler nyamuk gajah. Gatal badan dibuatnya. Cik Tim nampak ade sorang pelanggan cina 2 siap suruh suami dia habiskan hisap rokok and putungnya nak letak kat bawah meja makan bagi halau nyamuk. Nak tergelak dalam hati. Kehkehkeh.



Korang tahu xada 1 tempat kat mana ntah, nyamuk gajah dibela dan dilepaskan untuk memerangi nyamuk Adeas. Hahaha. Menakjubkan kan. Tapi tau xnyamuk gajah 2 belum  gigit kita lagi dah gatal. Maigoood.

Btw, Malaysia Vs. Singapore untuk pusingan pertama kumpulan A dan berjaya seri sahaja. Yela..redha. But please do well semasa menentang Thailand okai Malaysia.

the end. Kbai.

Friday, October 28, 2011

Feeling Exclusive??? Naaah, Executive jep~

Assalammualaikum...^_^

Hye guys. You know tak, yesterday i was going somewhere near by the zouk eh silap2, the ZOO okai. It took about 3 hours to reach to that place okay as i use public transport (semput mak). Well, next entry i'l talk more about it okay.

I was wearing an exclusive, naaahh actually an executive suit jep. Muahaha. Well, i was very rare to wear those kind of suit or bla bla. Yes cos usually i love to wear tshirt and jeans only. Hurmm, but i have to biasa2 kan diri lah as the future carrier that i'll involve is at the office. Enough bla bla. You can see by yourself lah. Ok ke x? Ntah.

executive ok not exclusive~

Well, i was planning to change my header even my header is not good enough and even though i only used it not more than a month. I'm going make it simple and executive not exclusive. Daaa, xde kaitan pun nak relate kan. redundant* (lempang diam2) hahahahaha.

kbai.

Monday, September 26, 2011

Introduction to Stress is Begin~

Assalammualaikum...^_^


Memorning kekorang. Minggu ni masuk lah minggu kedua kelas final year second semester ni bermula kan kan. So semester ni amik 5 subjek je pown. Kelas pagi petang selasa & khamis je pastu dengan jumaat pagi. Hari2 lain xde kelas dah. Well, menyeronokkakn bukan!!!

(mode:syaiton>>> Jangan nak seronok sangat lah cik Tim) Hurm memang lah tak boleh nak seronok2 sebab cik Tim ade banyak sangat assingment akan dapat dalam minggu ni. Contohnya macam subject compensation, lecturer cakap xde midterm. Hati macam kena boom nak cakap yeeeeaaayy. Tapi sekali lecturer cakap. Amboi3, xyah nak seronok sangat lah. Final kamo masuk 14 chapter!!! Whaat 14 chapter? Alaaaaaa...yes it end up with alaaaaaaa. 


Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang mengeluh bagai lah cik Tim. Dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya jika hambaNya tidak mampu. Sesugguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya. So no more alaaaaa but Allah. InysaAllah akan buat yang terbaik untuk semester ini. Amin, insya-Allah.

p/s:Yela2...cik Tim akan usaha, tawakkal, redha + berserah. So kawan2 memari kita kawal stress kita dengan makan....eh3, silap2. Dengan berdoa & berusaha + karoke. ;-p 

Thursday, September 22, 2011

3rd year, 2nd semester~

Assalammualaikum ^_^

Dah lama cik Tim xmengupdate pape entry kat belog terchenta cik Tim ni. Muahaha. Bukan ape, bulan puasa aritu cik Tim terlalu busy dengan Final exam. Pastu raya dan cuti semester. (Cuti pun cik Tim xonline..isk3). Maaflah xmampulah nak online sejak2 jadi suri rumah part time nie kan. Muahaha.


Well, pape pun cik Tim akan update lah entry 1 persatu nanti sebab sepanjang cuti ni banyak pulak cite menarik boley kongsi. Okai xpe2. Cik Tim sila mengupdate ea, jangan malas2 naa.


Sekarang cik Tim dah masuk 3rd year @ final year, 2nd semester dah belaja. Muahaha. Lagi 2 semester untuk ditempuh. Wow, sangat menakutkan sebab semester ni kena buat proposal untuk thesis. Xpe2 kita buat yang sehabis baek. Semester ni, jadual cik Tim sangat lah banyak free. Tapi free2 pun still kena membusykan diri nak cari sumber untuk proposal iaitu en journal. Haish, siang malam lah saya akan menghadap kamo wahai en journal. Xpe2, itew suke.=p Hahaha.



Akhir kata, di kesempatan ini cik Tim nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin (xpe raya sebulan kan...hu2), Selamat Hari Merdeka yang ke 54, Selamat Hari Lahir buat semua rakyat Malaysia dan kawan2 yang dah masuk 21 tue ea. Terima kasih. Muahaha~ =)

Wednesday, August 3, 2011

37:1 dah xrelevant ;-p

Assalammualaikum ^^

Selamat pagi cayunk2. Syukur allhamdullillah, sudah puasa ke 3 Ramadhan. Allhamdullillah, masih penuh ;-p. Ha2. Well, cik Tim lately susahlah nak menghapdate sentiasa entry2 yang baru sebab cik Tim punya final exam dah dekat. Waaa, takot2. Ok lah entry kali ini mengenai 37:1 dah xrelevant. Ape tue ea? Korang pernah tengok kan cerita 3 2 1 cinta x? mestilah pernah, tipu lah tewww kalo xpernah kan...hua hua hua. Well, dalam cerita tu, ada scene dimana pelakonnya peirre andre (betul ke cik Tim eja ni) @ Diana Amir ade cakap yang dalam majalah mukasurat keberapa ntah, perenggan ke berapa jugak ntah, cakap yang nisbah perempuan dan lelaki bersamaan 37:1. Well, maksudnya perempuan lagi reramai lah daripada lelaki kan. Hu2.



Tapi nape cik Tim kata xrelevant kan, sebab2 aritu kuar dalam surat khabar Berita Harian (31/07/2011) tajuk pasal  "Bilangan lelaki bujang lebih ramai." Korang percaya lah cakap cik Tim. Ni cik Tim baca dari surat khabar lah ni. Kalau xpercaya lagi mai bace SINI lah dik non oiii. Kan betul kan cik Tim dah bagi tau dah. Well, tapi nape xnampak pun lelaki banyak. Depa menyorok mana agaknya. Kelas cik Tim pun ade 2, 3 orang je lelaki. Adeh, bosan lah nak cuci mata, balik2 diorang bertiga je. Adeh. Ce bagi banyak sikit selection. (Opss, sorry cik Tim excited tadi belajar subjek Recruitment & Selection ;-P) Ha2.

pilihan yang ini..erk....

Yang cik Tim geram Berita Harian tulis lambat kawen boleh dedah pelbagai risiko negatif. Haipp, kalo cik Tim kawen lambat pe nak buat kan. Cik Tim belum habis belajar, keja pun xtau kat mana, nak kumpul duit beli rumah, kereta, bawa mak abah gi haji umarah, bla bla bla....Wait, jap2...cik Tim sila sedar diri awak baru 21 tahun ni. Sila jangan gelojoh. Muahahaha. Baik2, saya akan bersabar. =)

Yang pasti kan kawan2 ku yang wanita @ lelaki, sekarang ini kan dah banyak choices. Sila lah mencari calon yang terbaik buat diri kalian na. Tak kisahlah yang muda, yang tua, lain kaler ke, ketinggian xsama ke yang pasti pilih lah yang beriman na.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim). [lelaki pun same nooo]

Hua2, cik Tim pun tidak larat membebel sebab kekurangan air liur untuk berbicara lebih. I puasa okay. Eh3, ini kan belog, guna mulut tangan sudey cik Tim. Eh yela, cik Tim mereng jap. Hua3. Ok lah nak blogwalking. Daa~

sila jangan tergoda di bulan puasa ini ;-p

p/s: Walaupun ada banyak selection, nak mencari calon yang sesuai bukanlah senang yea tuan puan.Bukan macam makan ais krim walls selection ea. (cari cam Aaron Aziz ok gak ;-p)

abg aaron....weekkk ;-p haha~

Friday, July 22, 2011

Traffic Light tu kotak berlampu jew~

Assalammualaikum ^^

Hye guys. Dah makan malam? Cik Tim dah makan malam dah. Baru lepas dating dengan En. Rosli tadi dekat Wawa (salah satu tempat tido & tempat makan terkenal kat Hutan Mudzam, eh silap, Bandar Muadzam) Wakaka. Well, entry kali ni bukan pasal kedai makan ni, tapi traffic light yang dekat dengan tempat cik Tim makan nie. 

Al kisahnya cik Tim tadi baru je sampai kat tempat makan ni. Baru tarik kerusi belum nak duduk, dushhhh, ada bunyi tabrakan di situ. Rupanya ada accident di situ. Okai, accident between kereta dan motor. Well, motor tu parah jugaklah terlentang. Luckly orang yang bawa motor tu xkena pape. BTW, orang yang bawa kereta pulak tayar depan belah kiri meletup & dia punya skirt kat depan agak kekopakkan disitu. Xtau sape yang salah & sape yang betul sebab yang kereta cakap masa dia kat traffic light lampu hijau. For sure yang kat bahagian yang motor pulak lampu merah. Tapi pe yang boleh dilihat jugak yang si pemandu kereta tu pun bawak laju jugak sehingga selepas berlanggar still mampu bergerak dalam jarak yang jauh gaklah. Ntah, maybe break kereta xmakan kot. Xreti lah nak salah kan sape2.

traffic light ke teddy light?

Pape pun ape yang cik Tim nak bagitau yang lampu traffic light kat Muadzam nie baru je pasang dalam 5-6 bulan gitu. Sebelum ni xde lampu traffic light pun. So still ada segelintir pemandu yang main langgar je lampu traffic light tu sebab dah terlampau biasa terus jalan kan. Lagi satu, traffic light tu xde CCTV lagi. Kalo lah ade, korang rase ade ke yang berani nak laju nak langgar je jalan tu. Adeh. Ni satu lagi masalah, traffic light tu pun mengambil beberapa saat je utnuk berwarna hijau sebelum ke oren dan ke warna merah. Agak2 orang tu tengah pecut time lampu hijau tetibe je tukar oren & merah. Pergh, memang cari nahas lah. Pihak berwajib sila lah set the time back. Make the duration a bit longer lah. Adeh.

Ni baru mainan punya

Nie kali keberapa ntah cik Tim nampak accident depan mata, yang last time siap ade yang terlambung tercampak dari motor. Pastu berdarah2 mengalir. Scary dowh. Tolong lah, cik Tim sangat fobia melihat accident especially when i had lost my friend due to accident. Urm, boleh x in the future beli kereta tapi nak naik public transport je selalu. Takot. 

Tadi makan pun xde selera sebab accident tu happen before makan. Well, it affect me a bit but sebetnarnya lagi tereffect sebab minum air horlicks tadi. Waiter tu, orang mintak air barli dia bagi horlick. Kan ke beza ayat tu. terus xlalu nak makan banyak sebab minum air bersusu. Adeh. Sabar je lah. Nasib baik jumpe adik comey yang aktif gila, lari2 jatuh pastu bangun lari2 balik. Haha, comey. Ok i'm done. Bye.

haha..ngeng~

p/s: Sila jangan menganggap traffic light tu sebagai kotak lampu sahaja. TQ~

GengBloggers kena hack!!! Aq kena ape?

Assalammualaikum ^^


Evening you guys. Well cik Tim nak wat short entry nie. Tadi cik Tim try masuk laman sesawang gengblogger. Korang pun mesti tau kan GengBlogger nie pe bende kan as you all pun blogger kan. Well Gengblogger dah kena HACK !!! OMA!!! dah xboleh masuk ke? Ntah lah cik Tim pun xtau. Tapi tadi nak masuk kena bagi username & password. Takut2 jadi pape cik Tim terus tukar password Fb & blog. Adoi, Troublesome betul lah. Dah lah lately, muka buku pun banyak sangat spammers. Adoi2. Stress3. Well you guys boleh bace lah dekat LINK ni yang bagitau sape yang hack Gengbloggers & kalau nak tau lebih lanjut boleh bace at FB GengBlogger>>>   SINI.

1 more thing nak bagi tau yang akan ade gangguan internet kepada pengguna2 TM dari 25hb hingga 30hb Julai 2011. Woww, masalah lagi. Cannot on9 lah. Well, korang boleh baca SINI jugak. Owh, Uniten punya internet problem gak ke?Adoiii~

p/s: Masalah betullah T_T, saya dahlah buta IT~

Tukar Font Sudey (^_^)

Assalammualaikum ^^

Malam semua...Hi2...Nama saya cik Tim, saya nak update belog nie (gaya Arman "Sekali Lagi" berkata2..wakakaka). Well entry kali ni cik Tim nak bagitau yang cik Tim dah tukar font tulisan belog cik Tim nie atas nasihat seorang belogger yang cik Tim baru kenal. Beliau cakap font tulisan yang cik Tim gunakan sebelum nie membuatkan beliau susah nak membaca. So tanpa sakit hati dan dengan hati yang tidak terpaksa, cik Tim pun tukarlah font tulisan cik Tim dengan senyuman  daripada IMPACT ke CHEWY.

Wah, comel jugak tulisan nyer kan. Haha..dahlah..xmao cakap banyak. Cik Tim baru lepas makan xlarat nak cakap banyak (padahal belog nie perlukan cik Tim menaip je kot =p) hahaha...tergelak. Ok bye2 =)

Gambar yang xde kaitan. Ha2.

p/s: mengalir air mata tengok cerita sekali lagi. Xmampu bayangkan orang yang kita sayang meninggalkan kita sebab xnak kita susah @ sedih dan pada akhirnya dia berada di depan mata kita sedang sakit dan tiada 1 saat pun memori bersama terlekat di hatinya kerana dia tidak mampu mengingati diri ini lagi  ='(


Wednesday, July 20, 2011

Saya Memang Suke Promote2 Nie !!!

Assalammualaikum ^^

Kabare...he2. Waras2. Okai, tajuk cam nak promote orang pulak kan. Teet!!! bukan promote orang okai, promote barang orang. Ha2. Korang tau x pasal produk yang berasaskan kain felt? Chantik sangat tau. Nak bagi tau ni, kawan cik Tim, dia punya kakak (haha) ada buat jual2 produk berasaskan kain felt nie ok. Ha2 gaya cam nak jual jamu pulak kan. Taklah. Hu2. Minggu lepas cik Tim ade order ID cover dari kawan cik Tim punya kakak nie. Okai sangat chantek. Cik Tim minta dia buatkan warna feveret cik Tim iaitu combinasi hijau & pink. Dahlah tak mau cakap banyak. Meh korang tengok nie. =)

 Ha ni lah dia ID Cover cik Tim tempah tu
RM10 termasuk lanyard
RM8 tanpa lanyard

 Chantek kan

 Owh, sila abaikan wajah meriah tu =)

 Kaler putih + pink

 Hitam + Kelabu

 Hijau + Hitam +Putih

 Kelabu + Hitam + Putih


 Ni pulak sarung untuk external hard disk
RM10

chantek2

Hu2 chantek2kan. Kalo korang2 nak nak tengok lagi banyak yang chantek & barang2 yang lain cam keychain, keychain phone dll, boley tengok dekat belog kawan cik Tim iaitu cik Shatilla ataupun boleh gi add beliau dekat FB beliau =) Ngee~

Aritu cik Tim dapat anak patung octopus pemberian roomate cik Tim. Arigato very much. Ha2. Xdecide nak bagi name pe lagi. Tengah fikir2 lagi. Ni la gambar octopus tu.

ni lah inchik octopus

Semalam pun cik Tim dapat key chain nama dari senior cik Tim kak Haifa. Beliau dah habis belajar sudey. Ni lah key chain cik Tim dan rakan2. Hu2~


Ha2 enough berbelogging cik Tim sila study. Ok bye~ ^_^


Sunday, July 17, 2011

Ke"karoke"an

Assalammualaikum ^^

Malam semua. Hu2, arini cik Tim cam kemerengan sangat. Tadi..eh dah pagi kan..hu2. Petang semalam cik Tim pergi pasar sabtu as usuall lah sebab setiap ari sabtu foodcourt kat Ilmiah kan cuti (asrama cik Tim tinggal). Cik Tim bersama lagi 6 orang kawan cik Tim iaitu: Teah, Zaty, Wanie, Mimie, Jaja & Uye gi pasar malam dengan menaiki eh berjalan kaki ke pasar. Sampai kat Wisma pi cucuk duit pastu makan kat pasar. Pas makan mulalah nak shopping2 sakan. cik Tim pi beli tudung syiria kaler pink & suar jeans. Ha2, tapi suar jeans tu xmuat. nak pi tukar minggu depan, nasib makcik jurujual tu baik hati. Hu2.

sila abaikan senyuman yang xikhlas itu
(akibat sakit gigi & bengkak gusi punya pasal)

Pastu solat magrib & isyak terus & then cik Tim & cik Teah gi singgah 7eleven & kedai fotostat nak pi fotostat buku. Masa tu kawan2 yang lain suma dah gi dah. Nak tau pi mana? Gi karoke lah. Hu2. Lepas tu, kitaorang pun terus menuju ke tempat karoke. Sampai2 je ade tambahan lagi 5 orang iaitu Melin, Sheila, Man, Nonie & BF dia, Faizal. Hu2. Berhempet lah kami. Kitaorang nyanyi berpuluh2 lagu untuk masa 2 jam. Dan yanag paling best ditanggung @ dibelanja oleh Man. Hahaha. 

Yang paling syok part last2 bila kitaorang suma decide nak nyanyi lagu raya secara berjemaah. Wakaka, lawak kot. Siap menari2 lagi Hak2. Lawak2. Ngee. Pastu baliklah & sekarang berbloging sambil bermuka buku. Hu2. TAMMAT. ;-p

p/s: Masa time karoke elok je nyanyi, Habis je nyanyi start sakit gusi. Adoiii, cik Tim sila meraung diatas katil T_T

Friday, July 15, 2011

Khazakhstan di bumi Muadzam

Assalammualaikum ^^

Hi2 korang. Hari ni kan hari jumaat semalam hari khamis. Hu2. Semalam kan mase kelas Cross-Culture Management kul 9.00 pagi, cik Tim belajar lah macam biasalah. Pastu masuk baru nak masuk slide terakhir tetiba ada kerani datang bagitau yang ada exchange students dari Khazakstan nak join kelas kitaorang. So lecturer terpaksa mengajar balik.Hu2 kesian lecturer & kitaorang kena belajar balik. Diorang berada di Uniten Muadzam nie selama 2 minggu.

Masuk je pelajar2 Khazakhstan  kat dalam kelas, cik Tim dah dup dap dup dap dah sebab kerusi sebelah cik Tim kosong. Sure nya diorang dok sebelah cik Tim. Sekali betullah ade beberape orang dok sebelah cik Tim. Nasib wanita, kalo lelaki lagi seram kowt. Ha2. Lecturer mengajar lepas tu kitaorang boleh duduk2 berkenalan. Yang dok sebelah cik Tim namanya Zhan (tu je yang cik Tim boleh ingat sebab complecated sungguh ejaan nama diorang. Hu2) Chantik orangnyer.Hu2. Cemburururur. Ha2. Ada sorang lelaki tu tapi xingat nama. Hu2. Well banyak jugak yang kitorang borakkan. 

Diorang cerita yang majority diorang ni islam but modern sket. Hu2. Diorang cakap kat tempat diorang ada 4 season (urgh, cemburu lagi). Yela, ada winter, summer, spring dengan autumn tu. Kita nak gi salji kena gi i-City punya rumah salji. Hu2 dekat sket. Pastu makanan diorang kurang pedas berbanding negara kita yang sangat suka pedas dan surely ada belachan lah walaweh. Hu2. Diorang ceritalah yang negara diorang pad kurun ke 20 penah dijajah oleh Soviet Union @ Russia ea. Sebab tu diorang ni modern. But English diorang biasa je sebab diorang kata English language tu ada lah bahasa ketiga digunakan ditempat diorang. Yang pertama bahasa Khazakhstan dan yang kedua bahasa Russia lah. Hebat lah tu pandai banyak bahasa.

Diorang ni sangat peramah sebab sudi tunjuk passport and duit negara diorang dekat cik Tim isk2. Nasib cik Tim baik xcurik2. Hu2. Currency diorang sangat tinggi sebab duit syiling ade tulis no 10 ke 20 (cik Tim xingat) bernilai RM 2.00 Malaysia korang tau x. Ketak cik Tim dengar Hebat2. Pastu kitorang sempat tangkap gambar ramai2. Hu2.

Cik Tim turut gembira sebab diorang berpeluang mencuba mencanting batik di Kuantan aritu. Dan mereka kata mereka sangat teruja. (Bangga2, tapi diri sendiri xberpeluang mencanting batik lagi, pakai je baru Hu2. Cemburu2~)

Teringin nak gi Khazakhstan hu2 sebab dengar 4 seaseon punya pasal sampai sanggup search kat internet nak tengok tempat dia camne. Namak best. Kat sini cik Tim selitkan gambar yang ditangkap masa kat kelas & gambar2 yang cik Tim jumpe pasal Khazakhstan. Enjoy~

 cik Tim tersepit..hak2

 kawan

 lagi


 senyum...

 inilah duet2 mereka

 sila lihat 2 dari kiri 
(sebenarnya di Khazakhstan ketegori kecik, habis cik Tim ape? Adeh menyesal xpakai wedges)

 lagi

 lutut ketak

lagi

Seronok  mereka dan kami. Ni pulak gambar2 tempat menarik di Khazakstan.

 Tempat ice skating
(Malaysia punya di Sunway Piramid)

 Masjid chantek

 tugu kot..

 permandangan =p

 chantek ^^

stonehadge kot..

P/s: Semua 24 pelajar Khazakhstan pergi ke Pulau Tioman. Cemburu lagi. Haish~

Interview O.o

Assalammualaikum ^^

Malam semua. Hu2, sorry cik Tim lama x mengonline kan diri cik Tim nie. Reason sebab nape lama xmenghapdetkan belog tersayang nie sebab cik Tim balik ke Shah Alam yang terchenta nie jumpe dengan insan2 yang tersayang. Teeettt. Hu2, betul pew, mak kan, ngee. BTW cik Tim balik sebab nak kena interview company  untuk cik Tim punya assingment subject Cross-Cultural Management. Hu2, cik Tim balik ari khamis petang dengan bas loh, tapi nasib baik xjammed sebab "Bersih 2.0" aritu sebab jalan2 nak masuk ke KL sume ditutupkan. (Fuh selamat sampai). 

Cik Tim interview company CCM Chemical Malaysia dimana mak cik cik Tim berkerja disitu. So senang lah sikit nak interview and distribute the questionnaire kan. Hu2. Cik Tim xmao cite banyak sangat lah pasal interview tu tapi sangat serves nervouslah masa nak interview tu takot tersalah ke pape kan. Alhamdullillah semuanyer berjalan dengan lancar. Yang syoknya tukang amik gambar @ makcik cik Tim plak yang over. Macam2 gambar & video dia nak tangkap. Hu2, cik Tim pun layan je lah. Kebetulan masa tu bufday makcik cik Tim, dapatlah makan kek pisang yang sedap tu dan yang paling best company lunch dier makan Mcd tuh. Seronok2.Balik dari interview merayap ke SACC & PKNS cari makan tgahari yg seterusnya. Hu2. Balik rumah makcik terus terbongkang due to penat interview. Hak2, bina badan lah jawab nyer.

So sini cik Tim serta kan gambar yang sempat cik Tim amik hu2. Balik Muadzam, lappy cik Tim still on medical checkup so bru sekarang dapat balik & baru sekarang nak hapdet blog. Ngee ^^

bersama receptionist CCM 
(sila jgn tengok muka cik Tim tanpa makeup =p)

erk..nape muka lain mcm nih -_-'

Sekian ^_^

Thursday, July 7, 2011

Dress Kuning

Assalammualaikum ^^

Amaran entri ini tidak melibatkan orang yang masih hidup @ pun yang telah meninggal dunia. 

Cik Tim minggu ni nak balik ke Shah Alam yang terchenta. Hu2... Rindu dekat mak, adam & lain2. Wakaka. Sebenarnya cik Tim balik atas urusan nak pergi interview company sebab nak settle kan assingment Cross-cultural management cik Tim. Ingat habis interview and sebab kebetulan balik Shah Alam kan nak lah pi wayang tengok movie "Sekali Lagi" kan. Tapi sekali lagi cik Tim akan terlepas tengok cerita yang cik Tim betul2 nak tengok. Cerita "Nur Kasih" pun tak tengok lagi. Sedih lah camni. =( 

Nape ea? Sebab kali ini cik Tim dah di booked oleh makcik2 cik Tim untuk tolong diorang merewang kenduri. Adeh, makcik2 nie macam ade seorang anak sedara pulak kan. Sabor jelah. Ingat balik Shah Alam ni nak gi pasar, tapi cam harapan je lah kan. Huk2 xpelah janji dapat makan makanan kenduri. Hu2. Owh, cik Tim baru je lepas paper midterm yang terakhir. Xtaulah ok ke tak. Dah buat yang terbaik. Mohon doanya ok =)

Owh panjang plak membebel kan. Berkenaan dengan dress kuning tu sebenarnya cik Tim nak bukan lah highlight kan pasal perhimpunan bersih 2.0 tue yang akan diadakan sabtu ini iaitu 9 Julai 2011. Cik Tim xpasti sangat sebab apa perhimpunan tu diadakan tapi dengar citenya nak berdemonstasi secara aman, menyuarakan pendapat dan menegakkan hak rakyat. Well, benda tu sebenarnya tak menjadi masalah pun sebab kita negara yang berdemokrasi. Tapi yang salahnya, ialah tak ade lesen yang sah dan tempat yang dicadangkan tu pulak di  kawasan sesak & menjadi tumpuan orang ramai. Cik Tim bukan apa cume cik Tim sangat risau lah kalau ade orang yang tak bersalah tercedera. Contohnya pelancong asing jenjalan situ xpasal2 jadi pape hanya kerana lalu di kawasan demonstrasi tu. Padahal, dia xtau pape pun kan. Sian2. 



Cik Tim bukan lah nak menyatakan yang mana salah dan yang mana betul. Tapi sebagai orang  yang masih belum layak mengundi, cik Tim xnak cakap banyak ler. Bukan cik Tim menyokong kerajaan @ pembangkang. Cuma cik Tim amik berat jea. Sebab hari tu cik Tim ada usrah dengan anak2 buah cik Tim. Dalam modul usrah tu ada menyatakan bahawa, "politik itu adalah sebahagian daripada islam. Dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada islam bererti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya." Huuu, takotkan dengar. Sebab tu saya budak baru belajar hanya nak memberi pendapat. 

BTW, cik Tim dapat tahu yang perancang perhimpunan Bersih tu iaitu Ambiga telah mengadap dengan Agong dan setuju dengan cadangan Agong untuk mengadakan perhimpunan dekat stadium & dengar cite dekat stadium Merdeka. Baguslah, janji xmenganggu kententeraman awam & lalu lintas. Hu2. Aman sikit jalan & sesiapa yang nak shopping & tengok wayang naa.

Cuma cik Tim nak ingat kan kat sini, sesiapa public yang nak jalan2 tu & xterlibat dengan perhimpunan Bersih tu pakai lah baju kaler2 lain ok. Ni untuk mengelakkan anda menjadi perhatian penguatkuasa. Hu2.

p/s: politik zaman ni dah semacam. Termasuklah negara tumpah darahku ini. Tak tau mana satu yang betul dan mana yang salah. Tetapi ingat lah wahai pemimpin2 ISLAM terutamanya, "Kepimpinan adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak."
.
.
.
ini baju kaler emas ok

=p

Sunday, July 3, 2011

1st Gathering PPI 2011

Assalammualaikum ^^

Ini entry untuk para pelajar UNITEN kampus Muadzam Shah ea. 25hb Jun aritu PPI @ Persatuan Pengajian Islam telah mengadakan program yang diberi nama 1st Gathering 2011 iaitu sebuah program yang dikhaskan untuk para pelajar baru iaitu foundation (asasi) & degree untuk lebih mengenali PPI yang merupakan salah sebuah persatuan yang agak aktif mengadakan program di Uniten. Hehe. Dan cik Tim merupakan salah seorang orang yang menyibuk dalam program tu suka nak buat entry pasal program tersebut. BTW sorry atas kelewatan entry nie sebab cik Tim sedang mencari gambar untuk dimasukkan kedalam entry kali ini. Huhu. (modal xnak tulis panjang2 =p) Kekeke. 

poster program

Well, sesampai je kena gi kat pendaftaran untuk mereport kan diri kan. Pastu terus laju ke belakang balai islam nak makan mihun sebagai alas perot di waktu pagi Huhuhu. Then, program pagi tu start dengan bacaan Asmaul Husna & doa. Kemudian MC mula bersuara dan mperkenalkan pengarah program juga presiden PPI. Selepas itu, pengenalan kepada barisan tertinggi dan exco PPI bagi tahun 2010/2011. 

muka pendaftaran =p

makan mihun (jgn cari cik Tim kat mana~)

MC yg kuruih

peng program yg chomey =p

big boss...erk sory gmbr blur

exco wanita PPI
(tlg jgn cari cik Tim)

Lepas tu pelbagai modul kecil2an, tiba lah ke modul besar2an iaitu mencari klu bagi modul utama. Modul mencari klu ni, peserta kena mencari gula2 didalam tepung menggunakan mulut dan makan gula2 tersebut. Kekeke, habis chomot muke mereka. Cik Tim tukang tengok and tukang kena baling tepung sesudah habis game. Hampeh sungguh. =p
fuhh...

makan jangan xmakan

Selepas diorang berjaya mendapat kan klu terus proceed dengan program yang utama iaitu Tom & Jerry. Program ini sang Tom akan mengejar si Jerry dengan memakai loceng dikaki. Manakala Jerry terpaksa menyorok dan melarikan diri supaya xkena tangkap dengan Tom disamping terpaksa mencari barang2 tersembunyi yang membolehkan diorang menang kan. Well program ni actually diapditasikan dari program realiti korea iaitu Running Man. Peminat2 korea sure tau lahh cite ni.=p


Peserta dbahagi2kan beberapa kumpulan Tom & Jerry dan terpaksa lah berlari2an di sekitar kawasan kampus. Macam2 gaya la para peserta nie kan..nak gelak guling2 tengok diorang nie. Cik Tim tukang tengok diorang ni cedera ke. Hu2

muka bahagia je before start

ha lari2 

kan dah kena tangkap

Selepas para pesertapenat bertungkus lumus menangkap orang dan mencari klu. Maka tibalah masa mendenda bagi mereka yang kalah iaitu minum air kopi kaw xde gula punya. Huhu.

minum jangan xminum

sakit perut bang...Huhu

Habis minum air, adelah penyampaian hadiah. Hu2 semua orang dapat hamper. Semua pemenang tiada mengalah.=p After all semua peserta berpuas hati dan gumbira dengan program ini. Tapi bagi kami majlis tertinggi dan exco PPI, in ada lah program terakhir batch 2010/2011. Diharapkan tali silaturrahim kita kan berkekalan hendaknya walaupun tanpa program2 macam ni kan. Love you alls. =D 

barisan hamper

suke ea dapat hamper

Itu je cerita untuk 1st Gatering 2011 nie. P/s: credit to incik & cik photographer ea yang menangkap sume gambar2 diatas dan di album di FB. 

cik2 photographer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...